UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pendekatan taqlid dalam pengiraan zakat padi: tinjauan di Daerah Pendang, Kedah


Azhar, Alias and Hussain, Mohammad Azam (2016) Pendekatan taqlid dalam pengiraan zakat padi: tinjauan di Daerah Pendang, Kedah. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 5. pp. 113-130. ISSN 2289-2702

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (181kB) | Request a copy

Abstract

Zakat tanaman adalah merupakan salah satu daripada jenis-jenis harta yang diwajibkan zakat apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak.Tanaman padi adalah tergolong dalam jenis tanaman yang wajib dikeluarkan zakat apabila hasil yang diperoleh itu mencapai nisab yang telah ditetapkan oleh syarak.Proses evolusi serta kemasukan teknologi moden yang berlaku dalam bidang pertanian berjaya mempertingkatkan hasil tanaman padi terutamanya yang melibatkan projek penanaman padi secara perladangan. Kos modal yang digunakan oleh para petani turut meningkat. Kajian ini berbentuk sosio-perundangan, iaitu satu kaedah penyelidikan yang menyatukan dua bidang utama dalam penyelidikan, iaitu sains sosial dan undang-undang khusus polisi, dan peraturan. Oleh kerana undang-undang dibentuk sebagai mekanisme untuk mengurus hal ehwal dan konflik yang timbul dalam masyarakat sosial, undangundang mempunyai hubungan yang rapat dan sukar dipisahkan dengan masyarakat.Artikel ini juga akan menghuraikan kaedah taqlid dalam pengiraan zakat padi melalui tinjauan amalan di Pendang, Kedah.Persoalan berkaitan sejauh mana kaedah pengiraan semasa masih relevan diteruskan atau memerlukan kepada pemakaian kaedah lain yang sedia ada berdasarkan kepada mazhab-mazhab lain yang diiktiraf oleh syarak. Perbincangan bertujuan untuk melihat kesesuaian kaedah untuk diterima pakai dan tidak sekali-kali bertujuan mengetepikan hukum Fiqh yang sedia dipraktikkan, sebaliknya mencari penyelesaian demi untuk kemaslahatan bersama khususnya kepada para petani muslim serta memenuhi maqasid dan falsafah pensyariatan Zakat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Zakat Tanaman, Padi, Taqlid, Nisab, Pendang
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Alias Azhar
Date Deposited: 07 May 2017 06:54
Last Modified: 07 May 2017 06:54
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/21970

Actions (login required)

View Item View Item