mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam

Abd Muin, Mohd Adib and Abu Bakar, Azizi and Abdullah, Shuhairimi (2014) Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam. Journal of Human Development and Communication (JoHDEC), 3. pp. 129-141. ISSN 2289-2702

[thumbnail of JHDC 3 2014 129 141.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (296kB) | Request a copy

Abstract

Bidang keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang di bawah konteks Muamalah di mana ianya dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpontensi besar dalam membangunkan ekonomi ummah sejagat. Islam memandang berat tentang amalan nilai-nilai murni yang diaplikasikan oleh golongan usahawan terutama golongan usahawan berjaya dalam meneruskan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Pembentukan model dalam meningkatkan hubungan di antara usahawan berjaya dengan tuhan, sesama manusia dan alam bagi mencapai Maqasid Syariah sangat diperlukan untuk dijadikan panduan dan sandaran bagi memartabatkan agama Islam itu sendiri.Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada model usahawan yang berjaya dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial menurut perspektif Islam.Oleh itu, perbincangan berdasarkan sumber hukum al-Quran dan as-Sunnah akan ditekankan bagi mencapai sistem alfalah iaitu mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Keusahawanan sosial Islam, usahawan berjaya, muamalah, maqasid syariah.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Dr. Mohd Adib Abd Muin
Date Deposited: 08 May 2017 01:03
Last Modified: 22 Feb 2018 02:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21994

Actions (login required)

View Item View Item