Veloo, Arsaythamby and Awang Hashim, Rosna (2016) Teori ujian dan pentaksiran pendidikan. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-85-6
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Buku ini membincangkan teori utama dalam pentaksiran pendidikan iaitu Teori Ujian Klasik dan Teori Ujian Moden (Teori Respons Item).Buku ini juga memperkenalkan konsep asas pengukuran, ujian, penilaian dan pentaksiran yang sering menjadi isu dalam kalangan pendidik dan para psikologi.Di samping itu, turut dibincangkan statistik asas yang diperlukan dalam bidang pentaksiran untuk menganalisis dan mentafsirkan data.Buku ini sesuai dalam bidang pendidikan dan menjadi panduan kepada guru dan pensyarah dari segi pembinaan ujian yang berkualiti selaras dengan perkembangan dan keperluan Pendidikan Berasaskan Hasil. Konsep pentaksiran formatif dan sumatif, jenis-jenis ujian objektif dan subjektif serta kaedah pemarkahan juga turut diperkenalkan dalam buku ini.Pada bahagian akhir buku, diperkenalkan tentang statistik asas untuk mentaksir item dan data skor ujian pelajar.Jadual spesifikasi item, analisis item dan penetapan standard markah lulus juga dibincangkan.Pelajar sering melihat pentaksiran sebagai instrumen yang memacu pembelajaran.Justeru, pembinaan ujian yang baik dapat memberi motivasi untuk terus belajar dengan lebih bermatlamat dan berkesan.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Prof. Dr. Arsaythamby Veloo |
Date Deposited: | 15 May 2017 02:45 |
Last Modified: | 15 May 2017 02:45 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22057 |
Actions (login required)
View Item |