mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan penyelidikan fatwa kontemporari dalam menghadapi cabaran globalisasi: satu pendekatan

Azhar, Alias and Hussain, Mohammad Azam (2017) Pembangunan penyelidikan fatwa kontemporari dalam menghadapi cabaran globalisasi: satu pendekatan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 2 (3). pp. 9-20. ISSN 0128-1755

[thumbnail of JISED 2 3 2017 920.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (235kB) | Request a copy

Abstract

Globalisasi merupakan suatu reformasi budaya sedunia yang mempengaruhi segala lapisan masyarakat.Walaupun pada asalnya di arahkan kepada keterbukaan dalam aktiviti ekonomi sedunia, tetapi kini telah mula merangkumi keterbukaan dan perubahan dalam aspek politik, sosial dan pemikiran masyarakat. Kepelbagaian isu yang timbul ini adalah kesan langsung globalisasi ialah perkembangan drastik revolusi dan evolusi sains dan teknologi. Keunikan hubungan antara wahyu dan akal serta kefahaman inilah yang memastikan penyelidikan fatwa sentiasa unggul dan mampu menanggapi permasalahan semasa.Objektif penyelidikan fatwa sebenarnya wujud perkaitan yang rapat dengan objektif Syariah (Maqasid al-Syariah) itu sendiri.Penyelidikan fiqh berasaskan kepada dua kerangka utama yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Pertama ialah wahyu Allah yang kebenarannya adalah mutlaq dan bersifat muqaddas, seperti yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.Kerangka pertama bercirikan wahyu memerlukan kefahaman manusia dalam menanggapi dan mentafsirkan maksudnya.Di atas asas inilah fuqaha berijtihad dan melakukan usaha-usaha penyelidikan fiqh dengan meluas dan efektif. Kajian menggarapkan tiga (3) kaedah utama iaitu, analisis kandungan yang meneliti kerangka epistemologi fatwa dan ijtihad dalam Islam (persoalan sumber, sifat sesuatu ilmu dan neraca penilaian) yang digunakan seseorang sarjana/penulis Syariah; kaedah pensejarahan dan perbandingan yang meneliti sejarah pembinaan hukum Islam dan kaedah penelitian sosiologi yang meneliti latar belakang masyarakat seperti aspek sosio-politik, struktur, ekonomi dan institusi tertentu (seperti impak globalisasi) yang mempengaruhi penghasilan fatwa. Perbincangan artikel ini meliputi konsep dan pendekatan penyelidikan fiqh maqasidi dan fiqh saintifik dalam konteks pembangunan fatwa bagi menghadapi cabaran globalisasi.Masyarakat kini berhadapan dengan pelbagai permasalahan baru, kesan daripada perubahan corak kehidupan dan perkembangan sains dan teknologi yang begitu pesat, sekaligus lahir satu era yang dikenali era Siber dalam kerangka yang luas dinamakan globalisasi.Institusi fatwa perlu melakukan istinbat hukum melalui penyelidikan fatwa dalam dua kerangka penyelidikan fiqh iaitu fiqh maqasidi dan fiqh saintifik.Hanya dengan cara demikian sahaja hasil penyelidikan fatwa mampu menyahut cabaran masa kini dan mendahului segala perkembangan yang berlaku dalam menghadapi cabaran globalisasi.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Fatwa, Fiqh saintifik, Istinbat, Penyelidikan Hukum, Maqasid al-Syariah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Law
Depositing User: Dr. Alias Azhar
Date Deposited: 29 May 2017 07:07
Last Modified: 25 Jul 2018 03:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22086

Actions (login required)

View Item View Item