mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Adaptasi unsur alam dan unsur fauna dalam kata panggilan adat: pendidikan untuk kelestarian budaya etnik Kelabit

Narawi, Sawan @ Mohammad Syawal (2015) Adaptasi unsur alam dan unsur fauna dalam kata panggilan adat: pendidikan untuk kelestarian budaya etnik Kelabit. In: ASEAN Comparative Education Research Conference (ACER-N 2015), 7-8 Oktober 2015, Institut KWSP Kajang.

[thumbnail of ACER-N 2015 1560 1567.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (100kB) | Request a copy

Abstract

Kata Panggilan Adat merupakan salah satu daripada empat kategori dalam kata panggilan masyarakat Kelabit. Kata panggilan adat berbeza daripada kata panggilan kekeluargaan, kata panggilan umum dan kata ganti nama.Pemilihan nama dalam kata panggilan adat perlu melalui proses upacara penukaran nama atau Irau Mekaa’ Ngadan.Upacara penukaran nama hanya dapat dilakukan apabila seseorang individu mempunyai anak dan menjadi ibu dan bapa atau mempunyai cucu serta bergelar datuk atau nenek.Menyedari akan kepentingan kajian ini sebagai pendidikan untuk melestarikan warisan budaya etnik Kelabit, maka satu kajian dilakukan bertujuan untuk menjelaskan pemilihan penggunaan unsur Alam dan unsur Fauna dalam kata panggilan Adat masyarakat Kelabit.Kajian ini dijalankan di Tanah Tinggi Bario, Miri dan Bintulu, Sarawak. Sumber data diperoleh melalui temu bual, pemerhatian kajian dan analisis dokumen. Sebelas etnik Kelabit yang berasal dari Tanah Tinggi Bario dan berumur antara 40 hingga 70 tahun dijadikan sebagai informan.Dapatan kajian ini memperlihatkan masyarakat Kelabit cenderung mengadaptasikan segala unsur alam dan unsur fauna yang menjadi perlambangan masyarakat Kelabit.Alam yang meliputi segala yang ada di langit dan di bumi diadaptasi sebagai kata panggilan bagi merujuk individu tertentu. Antaranya kosa kata Balang atau Harimau yang memiliki sifat garang dan tangkas sekali gus dianggap sebagai raja rimba di Tanah Tinggi Bario dipilih bagi merujuk individu yang mempunyai ciri-ciri yang hebat.Kajian ini diharap dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang adaptasi unsur alam dan unsur fauna dalam kata panggilan adat etnik Kelabit.Di samping itu, kajian ini diharap dapat memberi sumbangan ke arah melestarikan pendidikan warisan bahasa etnik di Sarawak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-2267-81-2 Anjuran : Fakulti Pendidikan UKM Dengan Kerjasama: Kementerian Pendidikan Tinggi
Uncontrolled Keywords: Masyarakat Kelabit, kata panggilan adat, unsur alam, unsur fauna, Tanah Tinggi Bario.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Sawan @ Mohammad Syawal Narawi
Date Deposited: 06 Jun 2017 01:52
Last Modified: 06 Jun 2017 01:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22198

Actions (login required)

View Item View Item