UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepala lembu dan kerbau: Makna yang terungkap dalam sajak siber


Rahman, Azmi and Awang Deng, Phat (2010) Kepala lembu dan kerbau: Makna yang terungkap dalam sajak siber. In: Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan, 16-17 Julai 2010, Universiti Sains Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (198kB)

Abstract

Kemajuan teknologi komunikasi maklumat telah memunculkan media baru; misalnya blog, emel, sms, facebook,youtube, twitter, multiply, dan friendster.Melalui media baru ini, komunikasi dan interaksi antara manusia berlaku di alam siber. Tidak terkecuali dengan para pengkarya pelbagai genre sastera; mereka berkarya di alam siber. Kesusasteraan menggunakan media baru dinamakan kesusasteraan siber atau kesusasteraan elektronik atau kesusasteraan dalam talian. Selari dengan perkernbangan dunia internet, muncul sebuah majalah sastera eiektronik yang dinamakan eSastera.com (http://esastera.com) yang mula beroperasi di alam siber sejak 2002.Di Malaysia, eSastera.com merupakan satusatunya majalah sastera elektronik dalam bahasa Melayu yang aktif daIam pernerbitan pelbagai genre sastera dan member ruang kepada para ahli dan khalayak siber berinteraksi di alam siber. Ahli eSastera.com seramai 8,487 orang sehingga 15 Jun 2010.Berdasarkan rekod, eSastera.com telah memaparkan 13,796 buah sajak siber dengan pelbagai tema, imej , audio-video,animasi dan warna. (Data sajak siber sehingga 15 Jun 2010, jam 1.40 petang). Ada sajak siber yang bertema khusus yang tidak dipaparkan dalam media konvensional cetak arus perdana. Namun,eSastera.com pernah menganjurkan Sayernbara Kepala Lembu (dari 9 Ogos 2009 hingga 18 September 2009 ) dan Sayembara Sajak Kerbau (dari 17 Mei 2008 hingga 31 Oktober 2008 ) dengan mengambil data sajak tentang 'kepala lembu' dan 'kerbau,'kertas kerja ini mengulas makna yang terungkap di sebalik "kepala lembu" dan binatang "kerbau" dalam sajak siber. Antara penyair yang menghasilkan sajak siber tentang kepala lembu ialah Yajuk, Ria Asmira, Mokhtar Sah Malik, Jebat Sarawak, dan Damak. Penyair yang menghasilkan sajak tentang kerbau pula misalnya Kalamutiara, AzmiRahman, Ria Asmira, Ramy, Brirasa, Nimoizty, dan Nfaizal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 00:19
Last Modified: 21 Feb 2011 00:19
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2225

Actions (login required)

View Item View Item