mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Aplikasi teknologi kelestarian (Hybrid) pada pengangkutan awam (bas) di bandar satu pendekatan diskriptif

Zainuddin, Nizamuddin and Mohamed Elias, Ezanee and Melan, Mustakim and Sabar, Rohafiz (2017) Aplikasi teknologi kelestarian (Hybrid) pada pengangkutan awam (bas) di bandar satu pendekatan diskriptif. Journal of Technology and Operations Management (S). pp. 71-87. ISSN 1823-514X

[thumbnail of JTOM S 2017 71 87.pdf]
Preview
PDF
Download (112kB) | Preview

Abstract

Perubahan iklim cuaca dunia yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar telah memberikan impak kepada dunia pengangkutan termasuklah pengangkutan awam.Pengangkutan awam yang menjadi nadi pengangkutan terutamanya di kawasan bandar kini diberikan fokus kerana menjadi salah satu penyumbang kepada pembebasan gas Karbon Monoksida.Oleh yang demikian wujud tekanan supaya kenderaan awam untuk menggunakan kenderaan yang berteknologi hijau sama ada Hybrid, elektrik dan juga gas.Penggunaan kenderaan awam yang berteknologi hijau masih lagi pada peringkat yang baru dan tahap penerimaan pengguna masih lagi berada pada tahap yang sederhana.Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat tahap kesedaran pengguna mengenai kenderaan awam yang berteknologi hijau dan juga melihat tahap penerimaan oleh penggunaan. Selain daripada itu, kajian ini juga akan melihat factor-faktor yang menyumbang kepada penerimaan pengguna untuk menggunakan kenderaan awam yang menggunakan teknologi hijau serta melihat kos dan faedah terhadap pengguna.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana data diperoleh daripada soalan kaji selidik yang telah disediakan.Hasil dapatan menunjukkan tahap kesedaran pengguna mengenai kenderaan berteknologi hijau adalah sangat baik namun begitu terdapat kadar pemilikan kenderaan berteknologi hijau masih lagi berada pada tahap yang rendah.Kos juga dilihat menjadi salah satu faktor yang penting kerana kebanyakan responden masih lagi menganggap kos untuk menggunakan kenderaan awam masih lagi berada pada tahap yang agak tinggi dan mereka menjangkakan kenaikan kos akan lebih meningkat jika pengusaha menggunakan kenderaan yang menggunakan teknologi hijau. Batasan utama kajian ini adalah kawasan kajian yang tidak menyeluruh kerana kajian ini hanya tertumpu hanya di beberapa bandar utama sahaja di Malaysia.Penyelidikan akan datang perlu menggunakan jumlah responden yang lebih besar dan juga kawasan kajian yang lebih meluas bagi meningkatkan tahap generalisasi hasil penyelidikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: awam, bandar, teknologi hijau, kos, pengangkutan
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Nizamuddin Zainuddin
Date Deposited: 06 Jun 2017 03:57
Last Modified: 06 Jun 2017 03:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22274

Actions (login required)

View Item View Item