mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pantang larang makanan masyarakat Melanau Sarawak

Omar, Salmah and Rathakrishnan, Mohan (2016) Pantang larang makanan masyarakat Melanau Sarawak. In: International Conference on Social Sciences and Humanities (PASAK 2016), 20 & 21 April 2016, KUIS Convention Center, International Islamic University College Selangor (KUIS). (Unpublished)

[thumbnail of PASAK 2016 1 16.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (280kB) | Request a copy

Abstract

Premis kajian ini ialah budaya sebagai sistem adaptif. Budaya digunakan sebagai alat adaptasi untuk menghadapi ancaman penyakit dan cabaran-cabaran yang mengganggu kesihatan manusia. Adaptasi budaya untuk mencapai kesihatan fizikal ini melibatkan perlakuan manusia itu sendiri sama ada secara sedar atau tidak sedar.Tindak tanduk secara sedar ialah usaha-usaha yang dilakukan untuk mengawal penyakit daripada merebak dan mengubatinya.Manakala tindak tanduk secara tidak sedar ialah melalui amalan-amalan tradisi yang mempengaruhi kesihatan.Amalan-amalan tradisi ini termasuklah petua, pantang larang, adat, peraturan dan kebiasaan masyarakat.Pantang larang adalah larangan atau tegahan terhadap sesuatu perbuatan atau percakapan dengan tujuan untuk mengelak diri daripada berlaku sesuatu yang buruk atau kejadian yang tidak diingini.Maklumat kajian ini diperolehi daripada sumber kajian lapangan dan keperpustakaan.Terdapat banyak kategori pantang larang dalam kalangan masyarakat Melanau bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian. Walau bagaimanapun, fokus kajian ini adalah pantang larang makanan.Pantang larang makanan terbahagi kepada dua jenis iaitu pantang larang bersifat tetap dan sementara.Pantang larang makanan merupakan satu aspek budaya yang mempunyai nilai-nilai kesihatan.Pantang larang ini diwarisi dan masih diikuti oleh masyarakat Melanau sehingga ke hari ini.Oleh itu, pantang larang berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melanau.Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenengahkan mengenai pantang larang makanan masyarakat Melanau di Sarawak. Kata kunci: budaya, pantang larang, masyarakat Melanau

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: budaya, pantang larang, masyarakat Melanau
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Dr. Salmah Omar
Date Deposited: 13 Jun 2017 01:00
Last Modified: 13 Jun 2017 01:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22404

Actions (login required)

View Item View Item