UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kelestarian penghidupan petani luar bandar


Ibrahim, Ahmad Zubir and Siwar, Chamhuri (2017) Kelestarian penghidupan petani luar bandar. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-176

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kelestarian penghidupan merupakan satu pendekatan yang sinonim dengan usaha membasmi kemiskinan. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada kekuatan manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna tanpa menjejaskan hak dan keperluan generasi yang akan datang.Pendekatan penghidupan melalui proses pembangunan yang dirancang secara langsung dapat meningkatkan taraf penghidupan lestari. Bagi mendalami kelestarian penghidupan penduduk luar bandar, buku ini cuba mengetengahkan isu kemiskinan dan kelestarian penghidupan dalam kalangan petani padi.Persoalan dan perbincangan dalam penghidupan petani padi bukan sekadar kepada isu kemiskinan semata-mata, malah turut membincangkan pemilikan aset kehidupan golongan ini.Impak pemilikan aset penghidupan bukan sekadar diterjemahkan kepada keupayaan memperoleh pendapatan semata-mata, malah turut menilai kemampuan petani padi untuk mencapai keselamatan makanan di peringkat isi rumah.Pada masa yang sama, buku ini turut mengetengahkan kemudahterancaman yang dihadapi oleh golongan ini. Terdapat beberapa cadangan telah dikenal pasti sebagai mekanisme bagi mempertingkatkan penghidupan petani padi. Buku ini diharap dapat memberi ilmu kepada semua pihak yang berminat mendalami penghidupan masyarakat luar bandar khususnya petani padi.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr Ahmad Zubir Ibrahim
Date Deposited: 02 Jul 2017 08:16
Last Modified: 02 Jul 2017 08:16
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22469

Actions (login required)

View Item View Item