Salleh, Mohammad Fazli and Mohamed, Khairunnisa (2017) Pembelajaran penilaian teks naratif. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.
Preview |
PDF
Download (246kB) | Preview |
Abstract
Kefahaman membaca adalah salah satu aspek dalam pengejaran dan pembelajaran bahasa yang masih menjadi kegusaran dalam kalangan guru dan murid. Murid didapati tidak dapat menjawab soalan-soalan dengan baik, terutama bagi soalan-soalan inferens. Murid gagal memahami kandungan teks akibat kurang upaya menganalisis teks dengan teliti. Kajian Pengajaran ini melibatkan murid Darjah 5 dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid menganalisis teks naratif melalui kaedah W.P.S. Kaedah W.P.S. yang selaras dengan Taksonomi Bloom telah didedahkan kepada murid sepanjang kajian ini.Kajian ini diusahakan untuk menggilap kemahiran murid membaca dengan lebih berkesan. Murid didedahkan kepada langkah-langkah untuk membantu mereka mengenal pasti watak-watak dalam cerita dan menyusun peristiwa-peristiwa yang terkandung dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah W.P.S. telah membantu guru mengajar kemahiran menganalisis teks naratif dengan lebih berkesan dan berjaya membantu murid menjawab soalan-soalan inferens.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia |
Uncontrolled Keywords: | bacaan, inferens, kognitif, kefahaman, metakognitif |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 11 Jul 2017 00:21 |
Last Modified: | 11 Jul 2017 01:07 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22571 |
Actions (login required)
View Item |