mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kontraktor pembinaan: kaedah pendaftaran dan masalahnya

Omar, Muhammad Faris and Abdullah, Che Sobry (2017) Kontraktor pembinaan: kaedah pendaftaran dan masalahnya. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green  2016 128 137.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (80kB) | Request a copy

Abstract

Kontraktor merupakan satu syarikat yang bertanggungjawab untuk menjalankan sesuatu projek berdasarkan isi kontrak yang telah dimenangi dari pemilik projek sama ada berbentuk projek pembinaan atau pembekalan barangan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.Kontraktor haruslah didaftarkan dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum dibenarkan untuk mengendalikan sesuatu projek.Kontraktor juga perlu untuk berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi tujuan mendapatkan sijil taraf bumiputera. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara untuk mendaftar sebagai seorang kontraktor serta pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kontraktor pembinaan.Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prosedur-prosedur yang perlu dilalui sebelum menjadi seorang kontraktor bagi sesuatu projek pembinaan.Kajian ini diperolehi secara kualitatif iaitu dengan menemubual kontraktor untuk mendapatkan maklumat yang tepat secara menyeluruh mengenai kontraktor pembinaan.Kajian mendapati kontraktor menghadapi beberapa cabaran seperti dikenakan peraturan kontrak yang ketat, risiko yang sangat tinggi, persaingan yang sangat sengit dan kekurangan tenaga kerja.Kawasan bagi kajian ini meliputi Daerah Kota Bharu, Kelantan.Di Malaysia, kebanyakan golongan yang ingin menceburkan diri dalam industri pembinaan tidak mengetahui prosedur-prosedur penting yang perlu dilalui sebelum menjadi kontraktor binaan.Oleh itu, kajian ini membantu memudahkan pihak yang berminat untuk terlibat dalam industri pembinaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: kontraktor, pembinaan, prosedur, projek, cabaran
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Pof. Ir. Dr. Che Sobry Abdullah
Date Deposited: 11 Jul 2017 01:22
Last Modified: 11 Jul 2017 01:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22590

Actions (login required)

View Item View Item