mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Etika peniaga atas talian dari perspektif pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok

Mamat, Suzanna Azmieyda and Othman, Mohd Zainudin (2017) Etika peniaga atas talian dari perspektif pelajar di Universiti Utara Malaysia, Sintok. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 187 196.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (66kB) | Request a copy

Abstract

Perniagaan secara atas talian atau dikenali juga sebagai e-dagang menjadi fenomena di kalangan pengguna tidak terkecuali juga di Malaysia.Kini, urusan harian peniaga dan pengguna dapat dipermudahkan dengan adanya kemudahan internet dan bukan hanya sebagai trend semasa.Dengan kemudahan yang ada seperti perniagaan atas talian, peniaga boleh menjadikan situasi ini sebagai satu peluang untuk menambah pendapatan.Manakala bagi pengguna pula, mereka boleh membuat pemilihan dan pembelian tanpa ke kedai.Transaksi pembelian juga tiada had. Namun, internet sering kali dilihat sebagai satu persekitaran baru untuk tingkahlaku yang tidak beretika terutamanya di kalangan peniaga atas talian.Kajian ini bertujuan mengenalpasti etika dan hubungan faktor kepercayaan dan pengalaman pengguna dengan peniaga atas talian.Kajian ini menekankan aspek etika peniaga atas talian sewaktu menggunakan internet sebagai medium penjualan sesuatu barangan secara dalam talian.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan maklumat melalui pengedaran 200 borang kaji selidik terhadap perspektif pelajar STML Universiti Utara Malaysia, Sintok dengan menggunakan kaedah SPSS versi 23.Dapatan kajian dijangka menunjukkan hubungan positif dan signifikan antara faktor kepercayaan dan pengalaman individu dengan etika peniaga atas talian.Kajian ini juga akan digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai etika peniaga atas talian dan dijadikan panduan kepada peniaga atas talian dan pengguna perkhidmatan atas talian.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: perniagaan secara atas talian, etika peniaga atas talian, perspektif pelajar
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Mohd Zainudin Othman
Date Deposited: 11 Jul 2017 03:41
Last Modified: 11 Jul 2017 03:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22596

Actions (login required)

View Item View Item