mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mepengaruhi kecenderungan pelajar untuk membeli produk kosmetik halal di UUM

Noor Hasni, Nurul Hanis and Mustafar, Mastora (2017) Faktor-faktor yang mepengaruhi kecenderungan pelajar untuk membeli produk kosmetik halal di UUM. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 701 711.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (196kB) | Request a copy

Abstract

Bilangan penduduk Islam dunia telah meningkat dari semasa ke semasa dan hal ini telah mempengaruhi penggunaan produk halal.Namun begitu, kebanyakan penggunaan produk halal hanya tertumpu ke atas sektor makanan, institusi perbankan, farmaseutikal dan logistik berbanding produk kosmetik dan penjagaan diri yang masih baharu.Oleh itu, kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk menyelidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan pengguna untuk membeli produk kosmetik halal yang merangkumi sikap, norma subjektif, kawalan perilaku, pengetahuan, kebersihan, keselamatan dan kesedaran jenama. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 200 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan dianalisa menggunakan kaedah SPSS. Dapatan analisis korelasi menunjukkan perhubungan yang positif dan signifikan antara tujuh faktor tersebut terhadap tahap kecenderungan pembelian produk kosmetik halal. Manakala, analisis regresi berganda menunjukkan lima daripada tujuh faktor adalah menyumbang kepada tahap kecenderungan pembelian. Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam syarikat kosmetik halal terhadap gelagat pengguna kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan untuk membeli produk kosmetik halal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: halal, produk kosmetik, gelagat pelanggan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mdm. Mastora Mustafar
Date Deposited: 13 Jul 2017 01:26
Last Modified: 13 Jul 2017 01:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22659

Actions (login required)

View Item View Item