mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesedaran dan pengetahuan terhadap halal logistik di kalangan pengusaha trak makanan

Nordin, Nurhidayah Amirah and Ibrahim, Amlus and Mohamed Elias, Ezanee (2017) Kesedaran dan pengetahuan terhadap halal logistik di kalangan pengusaha trak makanan. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green  2016 813 821.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (136kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tahap kesedaran dan pengetahuan tentang logistik halal dikalangan pengusaha makanan dan minuman.Logistik halal merupakan platform kepada rantaian pembekalan halal yang penting dalam proses penyediaan makanan dan minuman.Di Malaysia, terdapat ribuan pengusaha makanan dan minuman yang berskala mikro, kecil dan sederhana (IKS).Namun, sebahagian dari pengusaha seperti mereka ini membeli dan menjual makanan dan minuman tanpa mempedulikan tentang konsep halalan toyyiban.Jadi menjadi hasrat kajian ini ialah untuk menyiasat dua perkara tersebut yang kini tidak banyak diperolehi maklumatnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mendapatkan maklumbalas dari 13 orang responden atau pengusaha yang memiliki trak makanan bergerak ataupun ‘food truck’.Mereka ini juga dikenali sebagai pengusaha dari sektor makanan jalanan atau ‘food street’. Kajian ini menggunakan temubual secara bersemuka dan dipandu oleh soalan-soalan semi-struktur. Hampir kesemua temubual tersebut berlangsung selama hampir 1 ½ jam dan direkod secara digital. Kajian ini dijalankan secara ‘crosssectional’ iaitu 3 malam yang bertempat disebuah universiti di utara Malaysia.Dapatan kajian ini mendapati hanya sebahagian mereka mempunyai tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi terhadap rantaian pembekalan dan logistik halal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: halal, logistik, kesedaran, pengetahuan, trak
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
T Technology > TX Home economics
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Amlus Ibrahim
Date Deposited: 27 Jul 2017 00:37
Last Modified: 27 Jul 2017 00:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22670

Actions (login required)

View Item View Item