mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kefahaman dan amalan prinsip 5S dalam kalangan staf COB UUM

Sani, Nor Adilah and Osman, Wan Nadzri (2017) Kefahaman dan amalan prinsip 5S dalam kalangan staf COB UUM. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 1059 1068.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (122kB) | Request a copy

Abstract

Konsep amalan 5S telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1980 an.Konsep ini mula dipraktikkan dalam sektor industri dan perkhidmatan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui kerajaan Malaysia telah memperkenalkan amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.Namun begitu, kesedaran tentang amalan 5S dalam sesebuah organisasi masih lagi berada di paras tidak memuaskan.Hal ini kerana bagi mencapai amalan 5S yang berkualiti memerlukan komitmen semua pihak dalam satu unit organisasi.Kajian ini memberi fokus terhadap kefahaman dan amalan 5S dalam kalangan staf UUM. Kes kajian merupakan staf UUM di pusat pengajian perniagaan (COB) UUM.Hasil kajian menunjukkan tahap pelaksanaan amalan 5S di pusat pengajian UUM melebihi tahap sederhana dan menjurus kepada tahap yang lebih baik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: amalan 5S, staf, pusat pengajian, UUM
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Wan Nadzri Osman
Date Deposited: 25 Jul 2017 07:25
Last Modified: 25 Jul 2017 07:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22706

Actions (login required)

View Item View Item