mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kitar semula: Pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal

Mah Hassan, Nurul Adilah and Zulhumadi, Faisal (2017) Kitar semula: Pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Utara Malaysia terhadap pengurusan sisa pepejal. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 1211 1220.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (117kB) | Request a copy

Abstract

Kertas projek ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan sikap pelajar terhadap amalan kitar semula, terutamanya berkaitan pengurusan sisa pepejal.Pengurusan sisa pepejal sudah tidak diendahkan lagi oleh para pelajar kerana mereka lebih kepada sikap makan dan buang tanpa memikirkan persekitaran sekeliling. Disebabkan itu, lokasi kajian yang dipilih ini lebih tertumpu dikawasan Universiti Utara Malaysia(UUM) kerana UUM merupakan salah satu universiti di rimba hijau yang memerlukan pengetahuan dan sikap yang tinggi dalam golongan pelajar untuk memelihara kawasan persekitaran. Manakala, skop kajian ini lebih tertumpu kepada pelajar dari Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik yang terdiri daripada pelajar semester akhir yang dipilih secara rawak. Metodologi yang digunakan ialah kaedah kuantitatif.Dan kajian ini juga menggunakan soal selidik sebagai bahan utama dan 50 pelajar yang dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik ini.Kajian ini harus dilakukan kerana sikap dan pengetahuan pelajar kurang terhadap penjagaan alam sekitar, terutamanya dalam pengurusan sisa pepejal.Hasil daripada keseluruhan kajian ini, akan menjawab segala punca yang menyebabkan pelajar kurang terhadap penjagaan alam sekitar. Dan seterusnya langkah-langkah serta usaha yang sewajarnya akan dijalankan dengan jayanya untuk meningkatkan lagi sikap dan pengetahuan terhadap keseluruhan pelajar dalam pengurusan sisa pepejal di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pengetahuan, sikap, pengurusan sisa pepejal
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Faisal Zulhumadi
Date Deposited: 26 Jul 2017 00:42
Last Modified: 26 Jul 2017 00:42
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22722

Actions (login required)

View Item View Item