mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mengenal pasti motif perlaksanaan ISO 1900: Kajian kes di Kolej Komuniti Gerik

Abd Latif, Muhammad Fikri and Saad, Rohaizah (2017) Mengenal pasti motif perlaksanaan ISO 1900: Kajian kes di Kolej Komuniti Gerik. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green  2016 1242 1249.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (87kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji motif sesebuah organisasi itu melaksanakan Sistem Kualiti Berteraskan Islam, MS 1900. Ini adalah kerana kajian mengenai motif perlaksanaan MS 1900 masih di peringkat permulaan dan amat terhad. MS 1900 merupakan sebuah piawaian yang berlandaskan Syariah Islam. Data ini dikumpul bagi mengenal pasti objektif dan persoalan kajian.Kaedah temubual dan soalan berstruktur merupakan kaedah utama dalam penyelidikan ini dan ianya dilakukan di Kolej Komuniti Gerik.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa motif utama MS 1900 dilaksanakan adalah untuk menegakkan pengurusan Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.Motif yang seterusnya adalah supaya gejala jenayah seperti penyelewengan dan rasuah dalam kalangan organisasi dapat dicegah dengan adanya pemantauan berskala dari pegawai syariah. Akhir sekali, tujuan perlaksanaan MS 1900 di Kolej Komuniti Gerik adalah untuk menyeimbangkan tugas dan kehidupan seharian pekerja dalam sesebuah organisasi.Oleh itu, dalam usaha untuk memuaskan kehendak pelanggan, pihak organisasi haruslah lebih mementingkan Syariah Islam dalam operasi mereka seterusnya memastikan barangan atau servis yang diterima oleh pelanggan merupakan daripada sumber yang mengikut Syariah Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: MS 1900, organisasi, motif
Subjects: T Technology > TS Manufactures
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mdm. Rohaizah Saad
Date Deposited: 26 Jul 2017 00:56
Last Modified: 26 Jul 2017 00:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22725

Actions (login required)

View Item View Item