UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kesedaran dan kesediaan untuk menghentikan amalan penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polisterin di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia: Satu tinjauan awal


Bahaman, Elvy Nellysha and Mohd Zahari, Fadhilah (2017) Kesedaran dan kesediaan untuk menghentikan amalan penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polisterin di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia: Satu tinjauan awal. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (110kB) | Request a copy

Abstract

Penggunaan bekas makanan polisterin masih diamalkan oleh pelajar di universiti.Pelbagai kempen pengharaman penggunaannya telah dilakukan oleh pelbagai pihak memandangkan bahaya dan kesannya terhadap kesihatan serta alam sekitar yang telah banyak dilaporkan.Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau sejauhmanakah kesedaran pelajar UUM untuk menghentikan penggunaan bekas makanan yang diperbuat daripada polisterin.Skop kajian ini ialah meninjau sejauhmana tahap pengetahuan pelajar tentang bahaya dan kesan penggunaan bekas polisterin serta meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menggunakan bekas mesra alam.Kajian yang dilakukan ke atas 100 orang responden dianalisis menggunakan perisian SPSS.Dapatan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar tentang bahaya dan kesan pengunaan bekas polisterin terhadap alam dan kesihatan adalah tinggi namun faktor utama yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menggunakan bekas mesra alam ialah melalui kempen-kempen yang dilakukan. Kajian selanjutnya disaran untuk jenis jenis kempen yang berkesan agar dapat menghentikan terus amalan penggunaan bekas polisterin yang memudaratkan kesihatan dan alam sekitar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: bekas polisterin, kesan, bahaya, bekas mesra alam
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Fadhilah Mohd Zahari
Date Deposited: 26 Jul 2017 01:14
Last Modified: 26 Jul 2017 01:14
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22728

Actions (login required)

View Item View Item