mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap pengetahuan dan amalan berkaitan alam sekitar di kalangan pelajar Inasis BSN, UUM

Md Nor, Nurul Hafizah and Othman, Abdul Aziz (2017) Tahap pengetahuan dan amalan berkaitan alam sekitar di kalangan pelajar Inasis BSN, UUM. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 1277 1286.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (81kB) | Request a copy

Abstract

Seperti yang kita tahu, tahap pengetahuan dan amalan alam sekitar ini tidak mendapat perhatian yang baik daripada masyarakat.Pengetahuan alam sekitar memainkan peranan yang amat penting kepada manusia dan keadaan sekeliling.Kesedaran memelihara alam sekitar merupakan elemen yang sangat penting dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup manusia.Ini kerana persekitaran yang baik boleh menjamin kesejahteraan dan keselesaan kepada masyarakat untuk menikmati udara yang segar dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.Justeru itu, masyarakat perlulah sedar dan lebih peka terhadap kesedaran dan isu-isu alam sekitar serta dapat menangani masalah pencemaran yang boleh menjejaskan kualiti udara.Objektif kajian yang telah dikenal pasti ialah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tentang isu kitar semula dan untuk mengenalpasti amalan pelajar INASIS BSN UUM terhadap isu alam sekitar.Kajian ini menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik kepada pelajar-pelajar di INASIS BSN.Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah pelajar yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas 40 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan usia. Maklumat kajian dikumpul apabila borang soal selidik diisi oleh responden.Beberapa cadangan penambahbaikan turut dibincangkan.Kesimpulannya, kajian ini mendapati tahap pengetahuan pelajar-pelajar INASIS BSN masih berada pada tahap yang baik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: alam sekitar, kitar semula, amalan, pengetahuan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Abdul Aziz Othman
Date Deposited: 26 Jul 2017 01:17
Last Modified: 26 Jul 2017 01:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22729

Actions (login required)

View Item View Item