Azhar, Alias (2016) Sains dalam kerangka syariah Islamiah: perspektif amalan saintis Muslim silam. In: Seminar Islam dan Sains Peringkat Kebangsaan 2016, 22-23 Mei 2016, Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (316kB) | Request a copy |
Abstract
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang.Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabi’i dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya.Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu dan yang terkemudian. Ini terhasil daripada selain kekuatan dalaman umat Islam yang berpaksi kepada al-Quran dan al-Sunnah dan kegiatan intelektual Islam yang dinamis dan kreatif. Keunikan sains Islam terletak pada aplikasi pelbagai kaedah yang telah mencorakkannya dengan sintesis sebagai bentuk dan ciri utama sifatnya. Di samping itu, pencarian kebenaran secara sistematik dan tekun tanpa hanya melalui kaedah objektif makmal semata- mata.Sains Islam adalah bersifat objektif yang subjektif, dalam erti kata, usaha mencari matlamat yang subjektif di dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat subjektif juga adalah bercirikan normatif iaitu termasuklah juga mencari keredhaan Allah, mementingkan kemaslahatan ummah dan mengutamakan nilai-nilai Islam yang abadi serta adil.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-983-44665-1-10 Anjuran: Pusat Islam UUM |
Uncontrolled Keywords: | Sains Islam, Tamadun Islam, Syariah Islamiah, Maslahah, Pemikiran Saintifik |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | School of Law |
Depositing User: | Dr. Alias Azhar |
Date Deposited: | 26 Jul 2017 02:06 |
Last Modified: | 26 Jul 2017 02:06 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22737 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |