mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendidikan akidah terhadap anak-anak: Cabaran ibubapa dalam perkembangan sains dan teknologi masa kini

Ahmad Nadzim, Noraziah and Sahad, Mohd Nizam (2016) Pendidikan akidah terhadap anak-anak: Cabaran ibubapa dalam perkembangan sains dan teknologi masa kini. In: Seminar Islam dan Sains Peringkat Kebangsaan 2016, 22-23 Mei 2016, Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of SISPK 2016 36 46.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (308kB)

Abstract

Pendidikan akidah merupakan penanaman keyakinan kepada Allah S.W.T yang perlu diberikan kepada anak-anak sejak awal lagi. Akidah adalah dasar dan asas untuk membentuk peribadi Muslim yang kuat dan utuh .Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam pendidikan akidah amatlah penting dan perlu dilaksanakan dalam setiap keluarga Muslim.Tiga prinsip utama dalam Islam iaitu persoalan akidah, ibadah dan akhlak;ketiga-tiganya memiliki pautan antara satu dengan yang lain.Pendidikan akidah sangat bererti bagi seluruh umat Islam kerana Allah menciptakan semua makhluk-Nya untuk beribadah dan menyembah kepada-Nya sahaja, dan itu semua tidak dapat diperoleh kecuali dengan pendidikan yang benar; iaitu pendidikan akidah. Dewasa ini, kehidupan telah berkembang menjadi semakin maju dengan kecanggihan sains dan teknologi berikutan perkembangan zaman.Kehebatan material menjadi pengukur dalam segala hal meliputi kejayaan dan kebahagiaan seseorang . Justeru, pendidikan akidah adalah dasar utama bagi setiap individu Muslim agar menjadi hamba yang taat kepada-Nya.Ibadah seseorang tidak akan diterima oleh Allah S.W.T jika tidak memiliki akidah yang benar.Apabila seseorang memiliki akidah yang kuat, pasti akan melaksanakan ibadah dengan tertib, memiliki akhlak yang mulia dan bermu’amalat dengan baik.Kertas kerja ini bertujuan mengetengahkan isu berkaitan konsep pendidikan akidah dan kaitannya dengan akhlak anak-anak dalam zaman perkembangan sains dan teknologi masa kini.Penulisan ini memberi fokus terhadap peranan dan cabaran ibu bapa dalam memberi pendidikan akidah terhadap anak-anak dalam membentuk akhlak yang mulia.Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian kepustakaan dengan menekankan aspek analisis kandungan (content analysis).Hasil penulisan ini mendapati pendidikan akidah membawa kepada amalan akhlak terpuji kepada anak-anak walaupun terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa. Adalah menjadi harapan penulisan berkaitan pendidikan akidah ini memberi tasawwur dan kefahaman terhadap konsep pendidikan akidah terhadap anak-anak dalam al-Qur’an agar difahami bagi tujuan peningkatan iman dan pembentukan akhlak yang mulia dalam kalangan anak-anak pada masa kini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44665-1-10 Anjuran: Pusat Islam UUM
Uncontrolled Keywords: Pendidikan akidah, akhlak, anak-anak, cabaran ibu bapa, sains dan teknologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
L Education > L Education (General)
Divisions: Pusat Islam
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Jul 2017 02:11
Last Modified: 26 Jul 2017 02:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22739

Actions (login required)

View Item View Item