mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

HIV/AIDS: Daya tindak menurut perspektif Islam

Md. Zain, Rajwani (2016) HIV/AIDS: Daya tindak menurut perspektif Islam. In: Seminar Islam dan Sains Peringkat Kebangsaan 2016, 22-23 Mei 2016, Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of SISPK 2016 79 87.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (259kB) | Request a copy

Abstract

HIV/AIDS merupakan virus dan penyakit yang masih mendapat stigma dan diskriminasi daripada masyarakat malah dianggap sebagai isu global. Keadaan tersebut berlaku disebabkan penyakit ini masih belum ada penawarnya, serta kaedah jangkitan yang dikaitkan dengan aktiviti berisiko dan moral penghidapnya.Kertas kerja ini akan membincangkan hasil kajian yang telah dijalankan keatas 207 orang yang hidup dengan HIV/AIDS (OHDHA). Berdasarkan hasil kajian menunjukkan trend jangkitan telah berubah daripada perkongsian jarum suntikan dadah kepada hubungan seks bebas dan rambang.Selain itu, majoriti responden adalah dalam kalangan orang Islam.Apabila berdepan dengan masalah kesihatan ini, pelbagai daya tindak dilakukan sama ada secara aktif atau pasif, positif atau sebaliknya.Individu yang telah dijangkiti HIV/AIDS masih berpeluang dan boleh untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa sebagai hambaNYa.Islam sememangnya agama yang penuh dengan hikmah.Ajaran Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadis telah memberikan panduan kepada umatnya dalam apa jua keadaan termasuk mereka yang terjebak ke dalam aktiviti salah laku moral.Konsep taubat perlu difahami oleh mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44665-1-10 Anjuran: Pusat Islam UUM
Uncontrolled Keywords: HIV/AIDS, Daya tindak, Islam, taubat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Dr. Rajwani Md. Zain
Date Deposited: 26 Jul 2017 02:18
Last Modified: 26 Jul 2017 02:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22743

Actions (login required)

View Item View Item