UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Dimensi-dimensi kesepaduan komuniti dalam masyarakat: refleksi dari hasil kajian penjanaan instrument pengukuran modal sosial di Malaysia


Abdul Hamid, Ahmad Shukri and Ahmad Marzuki, Najib and Ahmad, Noor Azizah and Ishak, Mohd Sobhi and Mokhtar, Norliza (2016) Dimensi-dimensi kesepaduan komuniti dalam masyarakat: refleksi dari hasil kajian penjanaan instrument pengukuran modal sosial di Malaysia. In: 3rd International Conference on Human Sustainability (lNSAN2016), 15-16 November 2016, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini mengupas persoalan berkaitan kesepaduan komuniti (community solidarity) sebagai refleksi daripada satu kajian yang dijalankan di negeri Kedah, Malaysia. Kajian tersebut bertujuan mewujudkan instrumen pengukuran konstruk sosiologikal yang disebut sebagai social capital atau modal sosial dengan mengambilkira aspek kehidupan masyarakat setempat. Modal sosial diertikan dalam perbincangan ini sebagai mewakili maksud kesepaduan komuniti. Justeru, dalam diskusi ini kesepaduan komuniti dinilai secara multidimensi dengan menggabungkan enam aspek kehidupan komuniti, iaitu: a) Penglibatan dalam aktiviti sosial; b) Proaktiviti dalam konteks sosial, c) Hubungan kejiranan; d) Toleransi kepelbagaian kaum; e) Rasa percaya dan selamat, dan f) Nilai kehidupan. Gabungan keenam-enam dimensi ini mewujudkan suatu instrumen pengukuran modal sosial pada tahap komuniti. Secara refleksi apa yang terhasil dari kajian ini menunjukkan kesepaduan komuniti dalam konteks masyarakat yang disampel adalah tinggi secara keseluruhannya. Kertas ini memperihalkan hasil pengukuran keenam-enam aspek modal sosial komuniti tersebut dan membincangkan implikasinya kepada kesepaduan masyarakat khususnya dalam konteks sosial di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kesepaduan komuniti; modal sosial; masyarakat Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mr. Ahmad Shukri Abdul Hamid
Date Deposited: 25 Sep 2017 02:49
Last Modified: 25 Sep 2017 02:49
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22933

Actions (login required)

View Item View Item