UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kriteria pemilihan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan: Perspektif pelanggan & ekonomi Islam


Mohd Harif, Mohd Amy Azhar and Ibrahim, Suzieliana (2004) Kriteria pemilihan Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan: Perspektif pelanggan & ekonomi Islam. In: Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004, 25-27 Sept 2004, Asiania Resort, Langkawi. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (357kB) | Preview

Abstract

Hasrat Malaysia untuk muncul sebagai pusat perkhidmatan kewangan Islam bagi Asia Tenggara akan tercapai sekiranya setiap komponen yang terlibat terutamanya institusi institusi kewangan dan perbankan memainkan peranan mereka dengan berkesan dan memberikan komitmen yang tinggi. Lembaga Tabung Haji yang juga merupakan salah satu komponen institusi kewangan dan perbankan juga perlu menunjukkan prestasi yang baik dan berkesan. Oleh itu, satu penyelidikan mengenai Lembaga Tabung Haji telah dibuat dengan tujuan utamanya adalah untuk mengenalpasti kriteria-kriteria yang mempengaruhi pelanggan dalam memilih Lembaga Tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan mereka. Penyelidikan ini juga telah dibuat dengan mengambilkira keputusan-keputusan dan pandangan serta pendapat penyelidik-penyelidik yang terdahulu dan dapat dirumuskan bahawa hasil penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu telah menunjukkan bahawa terdapat 13 kriteria yang mempengaruhi pemilihan pelanggan terhadap sesebuah bank. Penyelidikan ini melibatkan kajian ke atas 16 orang responden yang terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji itu sendiri dan pelanggan-pelanggan yang dipilih secara rawak di mana data-data yang diperolehi melalui temuduga tertumpu. Keputusan analisa data-data tersebut telah dapat mengenalpasti kriteria yang mempengaruhi pelanggan dalam membuat keputusa memilih Lembaga tabung Haji sebagai institusi kewangan dan perbankan mereka. Kajian ini juga telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu diberi perhatian, oleh Lembaga Tabung haji untuk muncul sebagai sebuah institusi kewangan dan perbankan Islam yang utama berapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut. Cadangan-cadangan tersebut dikelaskan kepada dua iaitu dalam aspek polisi dan pengurusan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Pusat Islam Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 07:29
Last Modified: 21 Feb 2011 07:29
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2294

Actions (login required)

View Item View Item