mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap efikasi guru dan hubungannya dengan pencapaian sekolah di Sekolah-sekolah menegah dalam daerah Bachok

Mohd, Awanis and Mohd Nawawi, Ainunmadiah and Ismail, Siti Noor (2017) Tahap efikasi guru dan hubungannya dengan pencapaian sekolah di Sekolah-sekolah menegah dalam daerah Bachok. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS 1 (2016) 312-326.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (758kB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang hubungan tahap efikasi guru dengan pencapaian sekolah.Dalam konteks kajian ini, fokus utama melibatkan dua dimensi efikasi iaitu efikasi kendiri dan efikasi mengajar.Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi untuk menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah kuantitatif.Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diedarkan kepada 375 orang responden di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Bachok. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 22.Item statistik yang digunakan untuk analisis data termasuk Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan nilai min skor yang tinggi bagi efikasi guru.Efikasi kendiri guru menunjukkan nilai min skor yang lebih tingi iaitu 4.03 berbanding efikasi mengajar.Satu kajian korelasi juga telah dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kedua-dua dimensi efikasi ini dengan pencapaian sekolah.Kajian yang dijalankan ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.07, p > 0.05) antara efikasi guru dengan pencapaian sekolah. Bagi dimensi efikasi mengajar, keputusan menunjukkan bahawa wujudnya hubungan negatif yang sangat lemah namun signifikan antara efikasi mengajar dengan pencapaian sekolah.Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa efikasi guru turut mempengaruhi pencapaian sekolah namun masih terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Efikasi guru, efikasi kendiri, efikasi mengajar, pencapaian sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:21
Last Modified: 13 Feb 2018 03:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23056

Actions (login required)

View Item View Item