mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Impak pengetahuan dan kesedaran ibubapa terhadap gaya hidup digital dalam kalangan remaja

Che Noh, Che Hasniza and Mustaffa, Che Su (2017) Impak pengetahuan dan kesedaran ibubapa terhadap gaya hidup digital dalam kalangan remaja. In: 6th International Conference On Social Sciences Research 2017, 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia..

[thumbnail of ICSSR 2017 73 81.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (461kB) | Request a copy

Abstract

Pengetahuan dan kesedaran ibubapa berkaitan perubahan gaya hidup remaja yang berlaku akibat perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat amatlah kritikal pada hari ini. Statistik menunjukkan penyalahgunaan internet merupakan isu serius sama ada diperingkat global mahu pun di Malaysia.Lantaran semakin ramai rakyat Malaysia menjadi ‘netizens’ terutamanya kanak-kanak dan remaja, maka semakin tinggi keperluan untuk mendidik mereka untuk sentiasa berhati-hati, sensitif dan prihatin apabila berkongsi maklumat atas talian. Ibubapa merupakan ‘institusi pertama’ untuk anak-anak mendapat latihan awal tentang bagaimana untuk menjadi ‘netizen’ yang bertanggungjawab terhadap diri dan komuniti digital.Sehubungan itu, satu kajian kualitatif telah dijalankan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan dan kesedaran ibubapa tentang gaya hidup digital dalam kalangan remaja.Kajian ini melibatkan tigabelas responden yang terdiri dari ibu atau bapa yang mempunyai anak-anak remaja. Berdasarkan hasil kajian dapatlah dirumuskan bahawa responden menyedari isu penyalahgunaan internet adalah sesuatu yang membimbangkan, namun kurang mengetahui kaedah untuk mencegah dan menangani sekiranya anak-anak terlibat dengan jenayah siber.Kajian ini memberi implikasi bahawa usaha perlu giat dijalankan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti mengadakan program pendidikan yang melibatkan peringkat sekolah rendah sehinggalah pusat pengajian tinggi bertujuan memupuk kesedaran tentang keselamatan dalam talian.Kajian ini juga memberi implikasi bahawa pembentukan masyarakat digital merupakan satu cabaran baharu yang perlu ditangani dengan teliti oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pembuat polisi agar masyarakat mampu bertingkahlaku secara bersesuaian seiring dengan perkembangan teknologi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-0792-23-1
Uncontrolled Keywords: gaya hidup digital, peranan ibubapa, netizen, media sosial, pengetahuan dan kesedaran
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:47
Last Modified: 13 Feb 2018 03:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23070

Actions (login required)

View Item View Item