mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Iklim sekolah dan efikasi kendiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Kelantan

Ibrahim, Hasliza and Ismail, Siti Noor and Mohamad Kassim, Mohamad Adnan and Mohamad, Suhaila (2017) Iklim sekolah dan efikasi kendiri dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sekolah menengah di Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 1033-1042. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 1033-1042.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (526kB) | Preview

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim sekolah dan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling di negeri Kelantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 181 orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah di negeri Kelantan.Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling di daerah Tanah Merah.Secara spesifiknya, kaedah kuantitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan data.Maklum balas melalui soal selidik telah diperolehi dan seterusnya data dianalisis menggunakan Perisian Program SPSS 20.0 yang mana melibatkan nilai Min, Sisishan Piawai, ujian t dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan didalam kajian ini diambil dan diubahsuai dari soal selidik Tahap Persekitaran sekolah (SLEQ) oleh Johnson dan Steven (2007).Instrumen bagi mengukur efikasi guru bimbingan dan kaunseling pula menggunakan instrumen yang diambil daripada School Counselor Self Efficacy Scale (SCSE) yang diadaptasi daripada Bodenhorn & Skaggs(2005).Dapatan daripada ujian korelasi Pearson menunjukkan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi guru bimbingan dan kaunseling.Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi perhubungan pelajar mempunyai hubungan yang paling kuat berbanding dimensi lain dengan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling.Seterusnya dapatan kajian ini juga mendapati bahawa iklim sekolah merupakan peramal kepada efikasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada bidang ilmiah penyelidikan pendidikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Iklim sekolah; efikasi kendiri; guru bimbingan dan kaunseling
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:54
Last Modified: 13 Feb 2018 03:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23092

Actions (login required)

View Item View Item