mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembinaan dan pernilaian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan lapan prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu: Kajian di Malaysia

Che Isa, Zaharah and Azid @ Aziz, Nurulwahida (2017) Pembinaan dan pernilaian Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berasaskan lapan prinsip Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) bagi mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu: Kajian di Malaysia. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 1011-1022. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 1011-1022.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (934kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar.Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsuai berdasarkan tiga sumber iaitu huraian sukatan pelajaran KHB tingkatan dua (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013) dan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang diasaskan oleh pengkaji Larmer dan Mergendoller (2010).Sebanyak lima sesi rancangan pengajaran harian telah dibina dengan menerapkan lapan prinsip PBL.Proses penilaian pakar oleh pensyarah dari bidang teknik dan vokasional dan kurikulum pendidikan dari tiga universiti berbeza telah dilaksanakan.Penilaian pakar adalah berdasarkan kepada rubrik pembinaan RPH yang mengandungi tujuh konstruk untuk dinilai berdasarkan empat tahap (1=lemah, 2=perlu penambahbaikan, 3=memuaskan dan 4=cemerlang).Analisis skor dari empat pakar penilai isi menghasilkan nilai keesahan 3.21 (RPH 1), 3.25 (RPH 2), 3.29 (RPH 3), 3.29 (RPH 4), dan 3.54 (RPH 5).Pengubahsuaian dan pemurniaan RPH telah dilakukan berdasarkan komen dan cadangan dari pakar penilai bagi menghasilkan RPH terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu bagi topik reka bentuk projek.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran berasaskan projek, Rancangan pengajaran harian, Kemahiran Hidup Bersepadu,Reka bentuk projek, Penilaian pakar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:54
Last Modified: 13 Feb 2018 03:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23094

Actions (login required)

View Item View Item