mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tingkah laku dan proses semasa menulis karangan respons terbuka murid berprestasi rendah

Jalil, Abdul Ghani (2017) Tingkah laku dan proses semasa menulis karangan respons terbuka murid berprestasi rendah. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 951-958. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 951-958.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (550kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis tingkah laku dan proses semasa menulis karangan respons terbuka serta menjelaskan persamaan dan perbezaan tingkah laku dalam kalangan murid tingkatan dua berprestasi rendah mengikut gender (lelaki dan perempuan). Informan kajian terdiri daripada enam orang murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kedah. Sumber data diperoleh daripada pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen. Kajian ini berlandaskan Model Proses Mengarang daripada Flower dan Hayes (1981). Dapatan kajian proses menulis karangan mendapati pada penggal pertama, guru hanya memberi bimbingan pada peringkat pramenulis. Manakala, peringkat proses menulis, murid tidak dibimbing oleh guru sepenuhnya. Dalam proses menulis penggal kedua, murid tidak mendapat bimbingan sepenuhnya pada peringkat pramenulis dan proses menulis. Dapatan kajian persamaan dan perbezaan tingkah laku memperlihatkan bahawa murid lelaki menunjukkan tingkah laku bermasalah berbanding dengan murid perempuan. Secara keseluruhannya, didapati hasil penulisan karangan respons terbuka dalam kalangan murid lelaki dan perempuan berprestasi rendah menunjukkan hasil penulisan karangan yang lemah. Kajian ini penting untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam tentang proses menulis karangan dan tingkah laku semasa pengajaran penulisan karangan dijalankan. Kajian ini signifikan kepada pengkaji, pihak sekolah, pihak Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memikirkan penekanan yang perlu diberi perhatian dan tumpuan dalam kursus-kursus yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.Dengan itu guru digalakkan menyebati kemahiran berfikir kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran karangan respons terbuka dengan memberi penekanan kepada aspek kreatif (kelancaran, kelenturan, keaslian dan penghuraian) tanpa mengambil kira sama ada murid berminat atau sebaliknya.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Tingkah Laku; Proses Menulis; Karangan Respons Terbuka
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:56
Last Modified: 13 Feb 2018 03:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23098

Actions (login required)

View Item View Item