UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Nilai leksis sahabat dan kawan: Analisis Prosodi semantik berbantu data korpus


Mat Ripin, Azman and Narawi, Mohamad Syawal and Awang, Othman (2017) Nilai leksis sahabat dan kawan: Analisis Prosodi semantik berbantu data korpus. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 943-950. ISSN 2548-6160

[img]
Preview
PDF
Available under License ["licenses_description_cc4_by" not defined].

Download (752kB) | Preview

Abstract

Kawan atau sahabat merupakan antara insan yang sering dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi suka duka. Kawan atau sahabat juga dikaitkan dengan mereka yang sering memerlukan antara satu sama lain ibarat aur dengan tebing. Dalam penggunaan seharian, kedua-dua leksis ini digunakan oleh penutur bahasa Melayu sama ada secara lisan atau tulisan. Pengguna bahasa juga seolah-olah telah menetapkan dalam minda bahawa leksis sahabat dan kawan berada dalam tata tingkat yang berbeza dengan meletakkan leksis sahabat lebih tinggi kedudukannya berbanding leksis kawan. Kebiasaannya leksis sahabat digunakan untuk merujuk kepada individu yang sangat istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, leksis ini juga sering kali digunakan apabila merujuk kepada teman-teman Nabi Muhammad SAW. Manakala leksis kawan pula sering digunakan untuk merujuk kepada teman sebaya yang tidak terlalu rapat atau dikenali. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kedua-dua leksis ini diletakkan secara setara.Leksis kawan didefinisikan sebagai sahabat, teman atau rakan, dan leksis sahabat pula diertikan sebagai kawan, teman atau taulan.Pendefinisian yang dibuat oleh kamus besar ini jelas tidak membezakan tata tingkat leksis-leksis tersebut bersesuaian dengan pemahaman dan penggunaannya dalam masyarakat. Kajian ini akan membuktikan bahawa wujudnya perbezaan tata tingkat kedua-dua leksis tersebut. Menggunakan pengkalan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai alat untuk mendapatkan data, dan menggunakan teori prosodi semantik, leksis kawan dan sahabat akan diberikan penilaiannya.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: data korpus; prosodi semantik; sahabat dan kawan; nilai leksis; consistent aura
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:56
Last Modified: 13 Feb 2018 03:56
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23099

Actions (login required)

View Item View Item