UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Persepsi murid tahun lima terhadap penggunaan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah matematik berayat tajauk pecahan


Ariffin, Nor Ezah and Azid @ Aziz, Nurulwahida (2017) Persepsi murid tahun lima terhadap penggunaan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah matematik berayat tajauk pecahan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 287-304. ISSN 2548-6160

[img]
Preview
PDF
Available under License ["licenses_description_cc4_by" not defined].

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelesaian masalah matematik berayat merupakan kemahiran yang sukar dikuasai.Walaupun terdapat pelbagai heuristik untuk menyelesaikan masalah ini tetapi pendekatan Model Polya digunakan sebagai penyelesaian kepada soalan masalah. Namun terdapat satu strategi dikenali sebagai Singapore Bar Model yang semakin dipelopori penggunaannya oleh negara maju.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat bagi topik pecahan dengan menggunakan kaedah model bar terhadap murid tahun lima di sekolah kebangsaan di daerah Kota Setar.Kajian ini melibatkan enam orang murid tahun lima berpencapaian sederhana dalam matematik dan tiga orang guru di sekolah kebangsaan di daerah Kota Setar.Ia menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kes yang melibatkan murid menjalani sesi pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat kaedah model bar menggunakan lima set rancangan pengajaran harian. Data kajian dikumpulkan daripada pemerhatian, temu bual berstruktur dan dokumen analisis.Analisis daripada data yang dikumpul menunjukkan mengubah cara penyelesaian masalah daripada kaedah empat langkah penyelesaian masalah Polya kepada kaedah model bar berjaya mengubah sikap dan persepsi murid kepada minat dan keseronokkan belajar kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Hasil kajian mendapati kaedah model bar adalah lebih berkesan dalam menarik minat serta meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat tajuk pecahan.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Heuristik penyelesaian masalah; penyelesaian masalah matematik berayat; langkah penyelesaian masalah Polya; kaedah model bar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:56
Last Modified: 13 Feb 2018 03:56
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23101

Actions (login required)

View Item View Item