Mohamad Yusoff, Siti Hajar and Don, Yahya (2017) Kefungsian keluarga dan ketahanan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan harian. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 131-138. ISSN 2548-6160
Full text not available from this repository. (Request a copy)Abstract
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan.Justeru, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar.Sebanyak 376 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Zon Utaratelah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III (FACES III) digunakan untuk mengukur kefungsian keluarga, dan Resilient Scale (RS) pula bagi mengukur ketahanan diri. Keputusan kajian mendapati tahap kefungsian keluarga responden adalah sederhana, manakala tahap ketahanan diri responden pula adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kefungsian keluarga yang baik dapat meningkatkan ketahanan diri belia.Implikasi kajian ini dapat menyumbang terhadap usaha pembangunan pelajar oleh pihak sekolah, kerajaan, serta masayarakat.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | Kefungsian Keluarga; ketahanan diri; Sekolah Menengah Kebangsaan Harian |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 13 Feb 2018 03:59 |
Last Modified: | 13 Feb 2018 03:59 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23112 |
Actions (login required)
View Item |