mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK di sekolah-sekolah menengah Daerah Gua Musang, Kelantan

Ali, Siti Nazatul Norashikin (2017) Hubungan antara gaya kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK di sekolah-sekolah menengah Daerah Gua Musang, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 123-130. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 123-130.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (851kB) | Preview

Abstract

Kajian adalah mengenai Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Komitmen Guru PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Gua Musang.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jika wujud hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK.Tambahan lagi, kajian ini juga turut mengenalpasti tahap komitmen guru PJK, perbezaan komitmen guru PJK berdasarkan jantina serta berdasarkan pengalaman mengajar dan juga mengkaji tahap amalan gaya kepimpinan transformasi pengetua.Kajian ini menggunakan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang asalnya telah diperkenalkan oleh Avolio dan Bass (1990) dan disah uji oleh Hinkin dan Tracey (1999).Manakala instrumen Komitmen Guru PJK pula menggunakan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian oleh Allen dan Meyer (1990). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan rentasan dan soal soal selidik piawai.Data soal selidik dianalisis menggunakan menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS) Version 21.0.Sampel kajian yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar mata pelajaran PJK dari lapan buah sekolah menengah di daerah Gua Musang. Kaedah analisis statistik deskriftif digunakan untuk menghuraikan taburan demografi responden dari segi frekuensi, peratusan dan min serta untuk mengukur tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK.Kaedah inferensi pula digunakan untuk mengguji hipotesis, Ujian-t, Anova satu hala dan Korelasi-Pearson digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan diantara pembolehubah gaya kepimpinan transformasi dan pembolehubah komitmen guru PJK.Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru pjk mengikut jantina, serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Gaya kepimpinan transformasi pengetua; Komitmen Guru PJK
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:59
Last Modified: 13 Feb 2018 03:59
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23113

Actions (login required)

View Item View Item