mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Slogan iklan dalam majalah: Yang tersurat dan tersirat

Yahya, Maizatul Azura and Ahmad, Ainal Akmar and Mahmor, Noor Aida and Hashim, Nasihah (2017) Slogan iklan dalam majalah: Yang tersurat dan tersirat. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 85-92. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 85-92.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (670kB) | Preview

Abstract

Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi.Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan.Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna.Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar.Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015.Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut.Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan.Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan.Penghasilan slogan-slogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Slogan iklan; majalah; produk; tersurat; tersirat
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 06:36
Last Modified: 13 Feb 2018 06:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23118

Actions (login required)

View Item View Item