mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pentaksiran dalam kelas melalui pendekatan Outcome Based Education (OBE): Satu analisis terhadap pengetahuan dan amalan pensyarah

Othman, Rusmawati and Mohd Salleh, Mohd Fadzil and Awang, Mohd Isha (2017) Pentaksiran dalam kelas melalui pendekatan Outcome Based Education (OBE): Satu analisis terhadap pengetahuan dan amalan pensyarah. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 59-68. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 59-68.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (833kB) | Preview

Abstract

Pelaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak tahun 2015.Kurikulum ditambah baik melalui dokumen Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) merangkumi aspek Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO),pengiraan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT),Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPCK) dan kemahiran insaniah. Namun, sejauh mana pensyarah mengetahui dan mempraktik pelaksanaan OBE melalui RMK masih menjadi tanda tanya.Kajian ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat sejauh mana pensyarah IPG Kampus A mengetahui dan mengamalkan pendekatan OBE bagi pentaksiran dalam kelas. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata. Soal selidik Matriks Jajaran Konstruktif diadaptasi dari Instrumen Addington & Johnson (1999) dan ditadbir ke atas 85 orang pensyarah IPG Kampus A.Data dianalisis secara deskriptif iaitu peratus dan min dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhan, data menunjukkan pengetahuan pensyarah dalam membina dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),entrancesurvey dan entry survey serta perancangan strategi dalam kelas dengan mengambil kira jajaran konstruktif yang terkandung dalam RMK berada pada tahap tinggi (min=3.96).Apabila dipetakan pengetahuan dengan amalan pensyarah dalam setiap jajaran yang dikaji, data yang diperolehi menunjukkan pensyarah mengamalkan konsep OBE pada tahap sederhana (min= 3.45) .Dapatan ini memberi satu sumber maklumat untuk Unit Akademik merancang PLC yang tepat untuk pensyarah menambah baik amalan.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pentaksiran dalam kelas, tahap pengetahuan, tahap amalan, pendekatan OBE, jajaran konstruktif.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 06:37
Last Modified: 13 Feb 2018 06:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23121

Actions (login required)

View Item View Item