Shafie, Mohd Khairi and Othman, Mohamad Khairi (2017) Kefahaman dan pengalaman akhlak dalam kalangan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzan Shah. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 663-676. ISSN 2548-6160
Preview |
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (1MB) | Preview |
Abstract
Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal.Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar.Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik.Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian.Analisa data melibatkan min dan ujian-t.Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97 adalah tinggi.Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi.Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Item Type: | Article |
---|---|
Additional Information: | International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | Kefahaman; Pengamalan; Akhlak |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | School of Education & Modern Languages |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 13 Feb 2018 06:43 |
Last Modified: | 13 Feb 2018 06:43 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23133 |
Actions (login required)
View Item |