mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peluasan makna payung dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu berdasarkan analisis semantik kognitif

Noor Din, Nor Fazilah (2017) Peluasan makna payung dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu berdasarkan analisis semantik kognitif. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 799-810. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 799-810.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (977kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena peluasan makna kata yang terhasil kesan kekreatifan pengguna bahasa memanipulasi pengguna sesuatu kata.Dengan menjadikan teori semantik kognitif sebagai sandaran, kajian ini telah meneliti peluasan makna kata payung yang digunakan dalam pelbagai keadaan sehingga menyerlahkan makna baharu yang berpotensi untuk didokumentasikan dalam kamus umum seperti Kamus Dewan. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis teks yang telah diperbaharui dengan elemen linguistik terkomputasi (linguistik korpus). Melalui kaedah ini, pengkaji telah menganalisis penggunaan kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp (dengan jumlah sebanyak 437 kata) dan dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 117 045 kata. Berdasarkan status sumber, kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp diambil daripada pelbagai sumber dengan carian .my (lingkungan carian Malaysia), khususnya di laman sosial (carian google, Facebook, blogspot dll), manakala kata payungyang diperoleh dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka pula diambil daripada subkorpus akhbar, buku, majalah, teks sasteradan kertas kerja.Berdasarkan selisikan, makna sebenar payung ialah alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Namun kini, maknakata payung telah meluas kepada makna baharu yang jauh menyimpang dari makna asal. Berdasarkan dapatan kajian, kata “payung” telah mengalami peluasan makna kepada makna baharu iaitu (i) belanja, (ii) tunjuk, (iii) intai dan (iv) konsep pemasaran bersepadu. Melalui kajian ini, makna payung berdasarkan penggunaan semasa dapat difahami dengan lebih jelas dan berpada.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016,Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Peluasan makna; pengguna Bahasa Melayu; Analisis Semantik Kognitif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Feb 2018 01:07
Last Modified: 15 Feb 2018 01:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23192

Actions (login required)

View Item View Item