Wan Mat, Wan Ali (2005) Alumni dan HEP universiti Amerika Syarikat. In: Bengkel Peranan Bersama Alumni dan HEP IPTA dalam Pembangunan & Pembelajaran Mahasiswa , 30 Mac - 1 April 2005, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. (Unpublished)
PDF
Restricted to Repository staff only Download (644kB) |
Abstract
Pejabat Hal Ehwal Pelajar memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan pelajar, membina sasiah pelajar yang bakal dilahirkan melalui aktiviti yang dijalankan dan mengadakan program yang boleh menjanakan pendapatan kepada Universiti melalui Alumninya. Pendapatan yang diperolehi ini adalah merupakan dana yang akan disalurkan sebagai bantuan pelajaran/biasiswa dan juga untuk menjalankan pelbagai penyelidikan ke arah memenuhi teknologi semasa yang berkembang dengan pesatnya. Penyelidikan yang terkini dan terunggul adalah menjadi matlamat penting Universiti yang ingin menuju ke arah Universiti bertaraf dunia. Pembinaan sahsiah dan kebajikan pelajar tentulah berbeza bagi negara Islam dan negara bukan Islam. Oleh itu, dalam hal ini, penulis banyak menekankan ke arah mengkaji bagaimana penjanaan pendapatan dilaksanakan dengan begitu berjaya di Universiti-Universiti Amerika Syarikat sehinggakan dana terkumpul sampai kepada berjuta-juta dolar Amerika. Kebanyakan Universiti di sana hanya mendapatkan peruntukan kerajaan sekitar 40 peratus sahaja daripada jumlah sebenar diperlukan untuk mengendalikan sesebuah Universiti. Bakinya, terpaksa dicari sendiri dengan menggunakan pelbagai cara termasuk sumbangan dari para alumninya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Mrs. Juwita Johari |
Date Deposited: | 14 Jul 2010 09:02 |
Last Modified: | 14 Jul 2010 09:02 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/232 |
Actions (login required)
View Item |