mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pasaran oligopoli

Hussin, Fauzi (2003) Pasaran oligopoli. In: Pengantar mikroekonomi. PTS, Bentong, pp. 130-157. ISBN 9831926250

[thumbnail of 08152010110228_01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (2MB)

Abstract

Ahli-ahli ekonomi sudah mengenal pasti empat faktor utama dalam menganalisis penentuan pasaran persaingan tak sempurna iaitu- ekonomi berskala, halangan memasuki pasaran dan tindak balas strategik antara firma dalam pasaran.Oligopoli adalah salah satu bentuk pasaran persaingan tak sempurna yang agak unik serta berbeza daripada bentuk pasaran yang lain, terutamanya daripada segi penentuan tingkat harga dan output serta persaingan bukan harga.Pasaran oligopoli ialah struktur pasaran yang mempunyai beberapa firma yang mengeluarkan barangan yang mungkin sama ataupun berbeza. Setiap firma oligopoli ini mengeluarkan kesemua ataupun sebahagian besar barangan yang berada dalam pasaran berkenaan.Antara contoh industri oligopoli adalah industri minyak petrol, industri besi waja, industri aluminium, industri automobil, perkhidmatan telefon selular serta rangkaian televisyen.Apabila terdapat beberapa firma yang bersaing dalam pasaran oligopoli ini, maka setiap firma boleh memilih sama ada mahu bekerjasama atau berpakat iaitu collusive oligopoly antara sesama firma ataupun memilih untuk tidak bekerjasama atau tidak berpakat iaitu non-collusive oligopoly. Firma dikatakan tidak berpakat apabila mereka bertindak bersendirian tanpa apa-apa perjanjian dengan firma lain.Bagaimanapun, bagi mengurangkan persaingan sesama firma, mereka boleh membuat perjanjian untuk bekerjasama. Keadaan ini berlaku apabila dua ataupun lebih firma bersama-sama dalam penggunaan teknologi yang tinggi dan jumlah pelaburan yang besar diperlukan bagi memulakan operasi. Halangan bukan semula jadi pula berbentuk tindakan strategik firma sedia ada bagi menghalang finna baru memasuki pasaran. Ini termasuk skala ekonomi yang dimiliki firma sedia ada iaitu mampu mengeluarkan barangan dalam kuantiti yang besar dengan kos seunit yang rendah.Kesannya, harga pasaran bagi barang berkenaan jatuh serta menghalang kemasukan firma baru yang belum mencapai skala ekonomi bagi beroperasi. Halangan-halangan lain seperti hak paten dan hak cipta yang diberi oleh kerajaan kepada firma-firma khusus sahaja.Bilangan firma dalam pasaran oligopoli sedikit kerana wujud halangan-halangan tertentu bagi firma baru memasuki pasaran. Jumlah firma yang sedikit ini membolehkan setiap firma mempunyai kuasa monopoli bagi menentukan harga barangan yang dikeluarkan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Feb 2011 08:52
Last Modified: 14 Feb 2011 08:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2332

Actions (login required)

View Item View Item