mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembinaan harga diri pelajar melalui program PINTAR di sekolah kebangsaan: Adakah kita berjaya?

Mohamed, Mahmood Nazar and Don, Yahya (2004) Pembinaan harga diri pelajar melalui program PINTAR di sekolah kebangsaan: Adakah kita berjaya? In: Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC 2004), 4-6 September 2004, Hotel City Bayview Langkawi. (Unpublished)

[thumbnail of 08152010111553_02.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembinaan harga diri, nilai kekeluargaan dan kemahiran sosial merupakan aspek yang perlu dibentuk dan diterapkan kepada pelajar terutamanya semasa di sekolah rendah. Ianya merupakan agenda utama untuk membentuk harga diri bagi menghindar konflik penagihan dadah dan penyalahangunaan bahan terlarang. Program Intelek Asuhan Rohani(PINTAR) merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membina harga dan ketahanan diri pelajar, melalui proses transformasi kemahiran, nilai dan sikap terhadap pelajar. Kajian keberkesanan program PINTAR dilakukan dengan menganalisis kandungan terhadap program pendidikan dari segi perlaksanaan, keberkesanannya dun statistik berkaitan dengannya.Penilaian dilakukan terhadap pembinaan harga din, pengaruh sekolah, ibubapa dan rakan sebaya terhadap pelajar. Kajian berbentuk eksperimen ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang mendapat program tersebut sepenuhnya, menerima separuh program dan kanak-kanak yang tidak menerima program sebagai kumpulan kawalan. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan aspek-aspek yang dinilai berdasarkan fasa penilaian antara kumpulan tersebut. Keberkesanan program yang dilaksanakan amat bergantung kepada kekerapan penyelarasan dan pemantauan dari agensi yang terlibat secara langsung, latihan guru,kesedaran pentadbir sekolah, pengiktirafan kemahiran dan kepakaran guru terlibat, dan pencegahan menjurus kepada kumpulan yang tepat sesuai dengan objektif pendidikan pencegahan dadah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Jabatan Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan Universiti Utara Malaysia
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 12:11
Last Modified: 21 Feb 2011 12:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2333

Actions (login required)

View Item View Item