UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepentingan Amerika di Timur Tengah: Program pembangunan nuklear Iran


Keling, Mohamad Faisol (2006) Kepentingan Amerika di Timur Tengah: Program pembangunan nuklear Iran. Jurnal Pemikir, 46. pp. 55-76. ISSN 9771511055094

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (468kB)

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, senario isu dunia telah digemparkan dengan masalah pembangunan nuklear Iran yang telah dilabel sebagai mengancam keselamatan, keamanan dan kestabilan dunia. Korea Utara, China dan Rusia sering kali dituding sebagai negara yang bertanggungjawab menyebar dan membantu Iran dalam memiliki senjata pemusnah besar-besaran Weapons of Mass Destruction (WMD). Namun secara realitinya Amerika Syarikat juga merupakan negara yang bertanggungjawab membantu Iran membangunkan program nuklearnya. Penglibatan Amerika Syarikat dalam pembangunan nuklear Iran adalah berlandaskan kepentingan peribadi dan dalam era awal pembangunan nuklear Iran ini Amerika telah merestui program pembangunan nuklearnya. Sebaliknya kini, Iran telah ditekan dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan mengancam keselamatan dunia dan dianggap sebagai negara yang berpaksikan kejahatan. Perubahan senario hubungan antara negara daripada hubungan yang bersifat sekutu kepada seteru ini turut dikaitkan dengan masalah nuklear. Justeru, penulisan ini cuba menjelaskan perkembangan program pembangunan nuklear Iran dan perkaitannya dengan kepentingan Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Item Type: Article
Subjects: J Political Science > JZ International relations
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Feb 2011 01:11
Last Modified: 14 Feb 2011 01:11
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/2372

Actions (login required)

View Item View Item