UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

E-kerajaan: Tinjauan dan perlaksanaanya di Malaysia


Husin, Rohana and Saad, Rohaizah and Othman, Zakirah (2017) E-kerajaan: Tinjauan dan perlaksanaanya di Malaysia. In: 4th Conference on Business Management, 29 - 30 Oktober 2017, The Gurney Resprt Hotel & Recidences Penang, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (445kB) | Request a copy

Abstract

e-Kerajaan merupakan satu bentuk penstrukturan semula kerajaan menggunakan ICT dan internet bagi menyokong operasi dan penyampaian maklumat serta perkhidmatan yang lebih baik. Namun begitu, kajian e-Kerajaan lebih memfokuskan kepada negara maju seperti Australia dan United Kingdom yang mana merupakan negara yang tersenarai dalam kedudukan 20 negara-negara maju teratas yang berpendapatan tinggi dan merupakan pemimpin kepada e-Kerajaan dunia. Kajian e-Kerajaan di negara-negara membangun pula dilihat lebih tertumpu kepada negara seperti Jordan, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.Dengan itu, kertas ini membincangkan definisi e-Kerajaan, evolusi, kategori dan aplikasi e-Kerajaan.Seterusnya kertas ini menerangkan aplikasi dan inisiatif e-Kerajaan di Malaysia yang merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancarkan pada tahun 1996.MSC adalah satu inisiatif strategik kerajaan untuk jangkamasa panjang (1996-2020) demi merangsang lagi pertumbuhan ICT di Malaysia. Sebagai sebuah negara membangun juga, Malaysia telah menjadikan eKerajaan sebagai satu inisiatif demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerajaan dalam penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat khususnya, seterusnya kepada perniagaan dan kerajaan.Perlaksanaan e-Kerajaan juga telah memberi kesan secara langsung terhadap pembangunan dan pentadbiran kerajaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-0910-76-5 Organized by: School of Business Management, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: ICT, e-Kerajaan, Evolusi, MSC
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:22
Last Modified: 15 Apr 2018 04:22
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23891

Actions (login required)

View Item View Item