mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian awal terhadap penggunaan sistem bersepaduan pengurusan dan operasi di Kolej Komuniti Bayan Baru

Khor, James Haan Khaun and Shahidan, Sharihan and Yeah, Kean Hun (2015) Kajian awal terhadap penggunaan sistem bersepaduan pengurusan dan operasi di Kolej Komuniti Bayan Baru. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC02.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (480kB) | Request a copy

Abstract

Era pemodenan yang kian cenderung terhadap penjagaan persekitaran global ataupun lebih dikenali sebagai “Green Technology” telah tercetusnya idea untuk menjimatkan kertas dalam pengurusan harian pentadbiran dan menuju ke arah “paperless”. Penggunaan mesin kad perakam mendatangkan banyak masalah, contohnya ia menggunakan kad untuk merekodkan kehadiran, masalah “buddy punching”, mesin perakam waktu yang selalu rosak dan apabila terputusnya tenaga elektrik ia juga menyebabkan rekod kehadiran tidak disimpan.Sistem perekodan kehadiran ini adalah tidak efektif dan tidak sesuai digunakan pada zaman ini. Tujuan Sistem Bersepaduan Pengurusan Dan Operasi ini diwujudkan adalah untuk mengawal kehadiran staf di Kolej Komuniti Bayan Baru dengan satu kaedah yang lebih terperinci.Sistem ini boleh mengetahui pergerakan staf setiap hari dengan bantuan internet dan telefon pintar.Ia dapat mengatasi masalah “buddy punching” sebab sistem ini memerlukan ibu jari setiap individu untuk diimbas di atas mesin.Kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan Sistem Bersepaduan Pengurusan Dan Operasi di kolej komuniti.Sebelum melaksanakan sistem ini, tahap kepuasan staf terhadap sistem perekodan yang lama adalah sebanyak 36%.Selepas pelaksanaan sistem ini, tahap kepuasan staf sudah meningkat sebanyak 55% iaitu mencapai 91%. Sistem ini telah dilaksanakan selama 20 bulan, ia memang mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan. Diharapkan kajian tindakan ini dapat memperbaiki imej Kolej Komuniti Bayan Baru supaya dapat berusaha untuk memelihara “environmentally friendly” dan mencapai pengurusan yang efektif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Sistem Perekodan Kehadiran, Kolej Komuniti
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:23
Last Modified: 15 Apr 2018 04:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23910

Actions (login required)

View Item View Item