UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kajian kes keperluan tenaga kerja di Besgrade Products Sdn Bhd


Ismail, Russayani and Mahat, Nor Idayu and Lim, Hock Eam and Azizan, Norizan and Khadri, Norhana Shaibatul (2015) Kajian kes keperluan tenaga kerja di Besgrade Products Sdn Bhd. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (325kB) | Request a copy

Abstract

Secara umumnya, industri perkayuan Malaysia merupakan industri yang kompetitif dan mempunyai potensi untuk terus berkembang.Disebabkan sebahagian besar daripada pengeluaran di dalam industri ini adalah untuk pasaran eksport, keadaan ekonomi global dan juga persaingan daripada negara pengeluar yang lain akan mempengaruhi kedudukan semasa industri ini.Justeru itu, bagi membolehkan pasaran ini berpotensi untuk terus maju ke hadapan, kualiti pengeluaran hasil kayu perlu ditingkatkan serta harga yang ditawarkan seharusnya lebih kompetitif.Secara umumnya, pergantungan yang tinggi kepada pekerja asing serta kurangnya penggunaan automasi boleh memberi kesan kepada kelangsungan dan kemapanan industri perkayuan Malaysia. Bagi meninjau dengan lebih mendalam tentang permasalahan industri ini satu kajian kes telah dilaksanakan ke atas Besgrade Products Sdn Bhd yang merupakan salah sebuah pengilang papan lapis terbesar di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, peratus pekerja asing di Besgrade Products Sdn Bhd adalah melebihi peratus pekerja tempatan dan ianya disumbang oleh jumlah pekerja asing yang tinggi bagi jawatan operator.Tempoh masa bekerja yang lama dan persekitaran kerja yang tidak selesa merupakan antara faktor penting yang menyebabkan kurangnya penyertaan pekerja tempatan. Pada masa yang sama, masalah komunikasi serta proses kelulusan permit yang rumit merupakan masalah yang dihadapi majikan berkaitan pengambilan pekerja asing.Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan berkaitan tenaga kerja diketengahkan antaranya penjenamaan semula industri perkayuan agar ianya nampak lebih dinamik, menjamin kerjaya di masa hadapan dengan persekitaran kerja yang lebih kondusif; menawarkan kadar upah yang lebih kompetitif agar dapat menarik lebih ramai pekerja tempatan untuk bekerja; usaha ke arah automasi menerusi penggunaan teknologi yang seterusnya menggalakkan latihan pekerja mahir yang dapat mengendalikan mesin-mesin berteknologi tinggi ini; dan akhir sekali memantapkan dasar pengurangan kebergantungan kepada buruh asing dengan pengurangan secara beransur dan pada masa yang sama melatih pekerja tempatan dengan kemahiran yang perlu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:23
Last Modified: 15 Apr 2018 04:23
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/23911

Actions (login required)

View Item View Item