mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kepentingan pendekatan kerohanian sebagai kaedah rawatan penagih tegar dadah: Kewujudan dan inisiatif Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia (PRI(1)M)

Abdul Ghani, Abdullah and Maamor, Selamah and Aziz, Ahmad Bashir and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Abd. Wahab, Norazlina and Elias, Hanim and Nik Abdullah, Nik Safiah (2015) Kepentingan pendekatan kerohanian sebagai kaedah rawatan penagih tegar dadah: Kewujudan dan inisiatif Pondok Remaja Inabah 1 Malaysia (PRI(1)M). In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC04.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (358kB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini adalah untuk menjelaskan tentang kaedah pemulihan mangsa penyalahgunaan dadah, masalah sosial remaja, serta mereka yang mengalami tidak ketenteraman jiwa untuk kembali ke jalan yang benar menurut perintah Allah oleh PRI(1)M.Kajian kes ini dilakukan dengan mengadakan beberapa kali lawatan sambil memerhati keadaan setempat dan mengadakan temuduga dengan pihak pengurusan PRI(1)M. Didapati pihak PRI(1)M mengaggap peserta yang memasuki pusat ini sebagai anak bina yang sakit.Mereka diubati dengan penuh perhatian dan kasih sayang.Setiap mereka akan menjalani tiga kaedah rawatan utama iaitu mandi, solat dan zikir. Kaedah ini menekankan konsep pembinaan serta bimbingan rohani dan jasmani.Sehingga kini PRI(1)M telah melatih lebih daripada 7000 remaja yang bermasaalah dan sekitar 70% dengan izin Allah telah berjaya dipulihkan.Kapasiti PRI(1)M adalah sebanyak 80 peserta pada satu-satu masa. Walaupun PRI(1)M berhadapan dengan masalah kewangan, pihak PRI(1)M berkemampuan untuk membentuk anak-anak bina yang berwibawa selepas menjalani program pemulihan secara kerohanian. Antara faktor utama yang dapat dikenalpasti ialah tapisan ketat sebelum diterima masuk, sumbangan serta khidmat yang diberi oleh anak-anak bina sendiri yang telah berjaya menjalani pemulihan berkhidmat semula bagi membina anak bina yang baru, pendekatan kerohanian, kesungguhan serta keikhlasan pihak pengasas dan juga pihak pengurusan PRI(1)M. Berdasarkan kajian kes ini dapatlah kita simpulkan bahawa pendekatan kerohanian oleh PRI(1)M mampu dan terbukti berjaya memulihkan penagih tegar. Kejayaan PRI(1)M boleh dijadikan satu model pemulihan penagih tegar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: kerohanian, penagih, dadah, remaja, pondok, pemulihan.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:23
Last Modified: 15 Apr 2018 04:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23912

Actions (login required)

View Item View Item