mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan kualiti dan hubungan gaya kepimpinan terhadap elemen soft dan hard model mckinsey

Taib, Che Azlan and Ahmad, Azhar and Abu, Noor Hidayah (2015) Amalan kualiti dan hubungan gaya kepimpinan terhadap elemen soft dan hard model mckinsey. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC17.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (503kB) | Request a copy

Abstract

Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) dibangun berdasarkan prinsip dan landasan keutuhan tadbir urus, patriotisme yang tinggi, nilai-nilai murni, etika korporat dan integriti, ekosistem dan persekitaran perkhidmatan awam yang harmoni, terangkum, pelbagai serta kemajuan sains dan teknologi. KTPA ini didokong oleh lima Teras Strategik (TS) perkhidmatan awam iaitu medaya upaya bakat, merekayasa organisasi, merakyat penyampaian perkhidmatan, merangkum dan sepunya, dana membudaya nilai. Justeru agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab besar bagi mrealisasikan hasrat tersebut dan satu instrumen komprehensif wajar dibentuk.Sehubungan itu kajian ini membentangkan asas pembentukan kerangka persediaan pembuatan keputusan dan pembentukan strategik organisasi ke arah pencapaian transformasi tersebut.Tujuh dimensi dari model 7S Mckinsey telah digunakan untuk memahami kekuatan-kelemahan organisasi.Data dikumpul melalui soal selidik yang diadaptasi dari model 7S Mckinsey yang mempunyai 44 bilangan soalan, iaitu 9 untuk SISTEM, 8 untuk STAF, masing-masing 6 untuk STRATEGIK, STRUKTUR dan GAYA, 5 untuk PERKONGSIAN NILAI dan 4 untuk KEMAHIRAN.Seramai 273 responden telah terlibat dan ujian kobolehpercayaan digunakan bagi mengesahkan instrumen melalui 3 kriteria utama iaitu Coefficient Alpha (CA), Corrected Item-Total Correlation (CITC) dan Alpha If Item Deleted (AIID).Ujian mendapati semua dimensi memenuhi kriteria dan hanya satu elemen 7S McKinsey iaitu STRATEGIK mencapai purata skor melebihi 70%.Hubungan korelasi pula menunjukkan semua dimensi mempunyai hubungan signifikan pada nilai p<0.001.Kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang signifikan di antara GAYA KEMPIPINAN dengan elemen SOFT dan HARD.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: 7S McKinsey, Budaya Kualiti, KTPA, Perkhidmatan Awam, Tema Strategik,
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:24
Last Modified: 15 Apr 2018 04:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23924

Actions (login required)

View Item View Item