mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kes roti canai sejuk beku dan roti gebu dari rumah ke kedai tiga deret: Pengstrategian, pertumbuhan dan kelestarian

Abdul Malik, Shaherah (2015) Kes roti canai sejuk beku dan roti gebu dari rumah ke kedai tiga deret: Pengstrategian, pertumbuhan dan kelestarian. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of TC24.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (366kB)

Abstract

Dengan hanya berkelulusan sekolah rendah ditambah pula dengan keadaan kurang upaya, Abibah binti Abdul Sukor mampu membuka perniagaan makanan kecil-kecilan salah satu kedai 3 deret di Kampung Tenang Labis Johor.Inilah yang menariknya pada usahawan gigih kelahiran Johor ini.Beliau menapak sedikit demi sedikit sepanjang 10 tahun berkecimpung di dalam dunia perniagaan bermula dari rumah hingga ke kedai deretan. Kekuatan beliau hanyalah semangat dan tulang empat kerat. Dengan perniagaan yang diusahakan bersamasama dengan suaminya, perniagaan ini telah menunjukkan prestasi jualan yang baik walaupun peningkatan margin keuntungan agak sedikit, pengeluaran roti canai sejuk beku dan roti gebu(manis) yang agak kecil dan hanya tertumpu kepada kelompok pengguna dari kawasan tertentu sahaja. Kini, sebagai syarikat pengeluaran roti canai sejuk beku dan roti gebu yang kian berkembang, pengusaha menggunakan pendekatan pemasaran dengan mendapatkan tempahan awal daripada pengguna terdekat sebagai permulaan pasaran dengan skala yang kecil. Walau bagaimanapun, hasil buatan tangan beliau telah berjaya mencuri perhatian pelanggan baru dengan mengekalkan keaslian rasa dan saiz yang dihasilkan.Untuk menghadapi persaingan daripada pengusaha yang sedia ada yang terletak sekitar kampung beliau dan juga berhampiran kedai 3 deret seperti Kedai Hajah Limah dan Kedai Pak Yusoff dan lain-lain, Puan Abibah sentiasa mencari idea baru dengan membuat penambahbaikan terhadap bahan-bahan yang digunakan bagi mengekalkan keaslian rasa buatan produk melayu. Sehingga kini, rata-rata pengguna sedia ada berpuas hati dengan mutu dan kualiti produk yang dijual untuk mendapat pasaran yang lebih berdaya saing dengan pengusaha roti canai lain di sekitar Kampung Tenang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:26
Last Modified: 15 Apr 2018 04:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23946

Actions (login required)

View Item View Item