Nik Hassan, Nik Fakrulhazri (2015) Model perniagaan baru untuk kelangsungan perniagaan kajian kes: Kedai kraf tangan - islah handy craft. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (615kB) | Request a copy |
Abstract
Islah Handy Craft merupakan sebuah perusahaan yang menyediakan pelbagai produk dan menjual pelbagai bentuk produk kraf tangan serta seramik termasuk menerima tempahan mengikut cita rasa pengguna. Pemilik perusahaan ini iaitu Puan Ramlah Abd. Rashid mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan ini dan telah mula menguruskan perniagaan kraf tangan ini sejak 7 tahun lalu. Purata jualan yang dijanakan dari perniagaan ini sebanyak RM3,000 sebulan.Manakala, Puan Ramlah Abd. Rashid merupakan salah seorang Sahabat dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang menyertai Program Women in Social Enterprise (WISE) 2015 menyatakan bahawa pembukaan dan tumpuan pengguna Lebuh raya baru telah memberi kesan negatif kepada purata jualan perniagaan di sekitar jalan utama lama pinggir pantai Daerah Cukai Kemaman hingga ke Kuala Terengganu. Bagi Puan Ramlah Abd. Rashid, Islah Handy Craft telah hilang 50 peratus hasil jualan bulanan selain daripada faktor penolakan yang lain.Oleh demikian, keperluan satu model perniagaan baru diwujudkan untuk mengatasi masalah yang timbul daripada faktor penolakan tersebut.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia. |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 15 Apr 2018 04:26 |
Last Modified: | 15 Apr 2018 04:26 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23949 |
Actions (login required)
View Item |