Zainal Abidin, Nor Azizah (2005) Pengaruh perjuangan ideologi UMNO dan PAS ke atas perpaduan masyarakat Melayu. In: Esei-esei Pentadbiran Awam. Pearson/Prentice Hall, Petaling Jaya , pp. 51-67. ISBN 9833205445
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (353kB) |
Abstract
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara majmuk kerana didiami oleh rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan. Perbezaan ras atau bangsa yang ketara kewujudannya sebelum ini telah disatukan melalui kontrak sosial di antara kaum yang dicapai semasa negara menuju kemerdekaan. Usaha ini diperhebatkan lagi selepas peristiwa 13 Mei 1969 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun berikutnya. Hasil daripada itu, maka Malaysia hari ini kekal dengan identiti negara berbilang kaum yang hidup aman damai dan harmoni. Namun, selepas 47 tahun setelah setiap bangsa saling menerima di antara satu sama lain, kita dikejutkan oleh perpecahan dalam satu bangsa yang sama. Laporan media terutama setiap kali menjelang musim pilihanraya telah mendedahkan wujudnya perpecahan di kalangan bangsa Melayu yang berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi politik. Senario bersembahyang dua imam, tuduh menuduh dan isu kafir-mengkafir adalah di antara indikator yang membuktikan fenomena ini. Justeru itu, tulisan ini cuba meninjau tentang fenomena perpecahan ini melalui pengkajian ke atas dua pertubuhan politik terbesar iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Parti Islam se-Malaysia (PAS). Penulis akan menyorot sepintas lalu sejarah penubuhan kedua-dua parti berkenaan sebelum mengenalpasti perjuangan ideologi kedua-dua parti tersebut berdasarkan perlembagaan parti (sebab dan tujuan penubuhan) dan menilai manifesto pilihanraya yang menggambarkan perjuangan ideologi masing-masing. Sorotan sejarah ini penting kerana sejarah penubuhan sesebuah parti menggambarkan ideologi dan perjuangan yang dibawa. Tulisan ini seterusnya akan menilai kesan perjuangan ideologi tersebut ke atas perpaduan masyarakat Melayu.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Subjects: | J Political Science > JQ Political institutions Asia |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 21 Feb 2011 08:30 |
Last Modified: | 21 Feb 2011 08:30 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2405 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |