mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan diversiti dalam organisasi

Abdul Mutalib, Rozita (2005) Pengurusan diversiti dalam organisasi. In: Esei-esei Pentadbiran Awam. Pearson/Prentice Hall, Petaling Jaya, pp. 73-84. ISBN 9833205445

[thumbnail of Bah.2_Pengurusan_Awam_Pengurusan_dan_Diversiti_Dalam_Organisasi_01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (215kB)

Abstract

Diversiti atau kepelbagaian merupakan satu isu yang semakin penting dalam organisasi khususnya dalam era globalisasi yang menjadikan dunia semakin kecil dan meluaskan interaksi antara manusia. Umumnya diversiti dalam organisasi merujuk kepada kepelbagaian tenaga kerja iaitu keunikan yang dimiliki oleh individu di tempat kerja. Setiap individu dikatakan unik kerana mereka mempunyai nilai-nilai tersendiri yang berbeza seperti ketrampilan, kepercayaan, personaliti, budaya, jantina, kaum dan sebagainya lagi. Kepelbagaian ini bukan sahaja perlu dihargai tetapi juga perlu diuruskan secara berkesan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang positif dalam organisasi. De Cenzo (1997) mendefinisikan kepelbagaian tenaga kerja (workforce diversity) sebagai perbezaan-perbezaan yang dibawa oleh individu atau kumpulan yang berbeza ke tempat kerja seperti jantina, kewarganegaraan, umur, dan bangsa. Robbins (1997) menjelaskan bahawa diversiti berlaku apabila organisasi menjadi lebih jelas dalam sesuatu ketidaksamaan seperti jantina, bangsa, dan etnik. Fred Luthans (1995) pula mendefinisikan diversiti sebagai satu situasi yang muncul apabila ahli-ahli dalam sesuatu kumpulan atau organisasi berbeza di antara satu sama lain dari segi umur, jantina, etnik, dan pendidikan. Reece & Brandt (2000) membahagikan diversiti kepada dua jenis yang utama iaitu Diversiti Primer (Utama) dan Diversiti Sekunder.Diversiti primer merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat individu yang tidak boleh diubah seperti umur, bangsa, jantina, dan keadaan fizikal. Ciri-ciri ini bersifat semulajadi kekal atau diwarisi secara keturunan. Misalnya jika ibu bapa kita berbangsa Melayu maka dari segi bangsa kita akan kekal berbangsa Melayu.Semakin tinggi darjah perbezaan dalam diversiti primer, semakin sukar untuk seseorang itu menerima dan memahami individu lain. Dimensi Sekunder pula merujuk kepada ciri-ciri yang tidak bersifat semulajadi dan boleh diubah mengikut orientasi dan kehendak individu. Contohnya kesihatan,agama dan kepercayaan, tahap pendidikan, pendapatan dan adat serta budaya. Kedua-dua dimensi ini akan membentuk personaliti, pegangan, persepsi dan nilai individu yang unik dalam kehidupan. Keunikan ini perlu diurus dengan baik agar tidak menjejaskan kehidupan bermasyarakat dan interaksi di dalam organisasi.

Item Type: Book Section
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 08:32
Last Modified: 21 Feb 2011 08:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2410

Actions (login required)

View Item View Item